Friday, December 30, 2011

Sagu Gula Melaka

Sagu Gula Melaka
Sagu
Bahan-bahannya:-
  • 2 cawan biji sagu dicuci dan ditoskan
  • 4 cawan air
  • Pewarna (warna merah dan hijau)
Cara-cara membuatnya:
  1. Masukkan air kedalam periuk dan masak hingga mendidih.
  2. Setelah itu masukkan biji sagu, kacau sehingga biji sagu jernih.
  3. Setelah siap, tutupkan periuk utk 5 min.
  4. Ambil biji sagu dan diletakkan kedalam tapis dan cucikan dibawah air paip untuk menghilangkan kanji. Ditapis
  5. Setelah itu bahagikan kepada dua dan warnakan.
  6. Masukkan kedalam acuan berselang dan sejukkan. kedalam peti sejuk.  Hidangan ini sedap dimakan sejuk.

Santan
Bahan-bahanya:
  • 1 cawan air
  • 2 helai daun pandan
  • 1 kotak santan
  • 1/2 sudu garam
Cara-cara membuatnya:-
  1. Masakkan air kedalam periuk bersama daun pandan sehingga mendidih & sehingga naik bau daun pandan.
  2. Setelah itu masukkan santan dan garam.
  3. Kacau untuk seketika tak perlu mendidih dan angkat, sejukkan dan masukkan kedalam peti sejuk sebelum dihidangkan.

Sirap
Bahan-bahannya:
  • 1 keping gula melaka/ 1 cawan gula merah
  • 1 cawan air
Cara-cara membuatnya:-
  1. Campurkan kedua bahan dan masak sehingga gula sedikir pekat
  2. Simpan ke dalam petisejuk sebelum dihidangkan

Thursday, December 22, 2011

Pencuk/ Acar Mentah


Bahan-bahannya:
  • 1 biji timun - dibuang kulit dan dipotong-potong
  • 1 biji karot - dibuang kulit dan dipotong halus memanjang
  • 2 biji lada merah - dicincang halus
  • 3 biji bawang kecil - dihiris bulat
  • 2 ulas nenas yang telah dipotong - dihiris
  • Gula seukup rasa
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit cuka
Cara-cara membuatnya:
  1. Gaulkan kesemua timun, karot, nenas, lada merah dan bawang merah dan kaau rata.
  2. Masukkan gula, garam dan cuka.  Gaul lagi, bolehlah dirasa sebelum ditutup dan disimpan didalam petu sejuk sebelum dihidangkan.

Ketam Masak Lemak

Bahan-bahannya:
  • 10 ekor ketam - disiang bersih
  • 8 biji lada hijau - dikisar
  • 1 biji bawang kuning - dikisar
  • 2 biji bawang putih - dikisar
  • 1 inci halia - dikisar
  • 1 sudu kecil kunyit serbuk
  • 1 batang serai - diketuk
  • 2 sudu besar tomato sos/ secukup rasa
  • Sehelai daun kunyit
  • 1 kotak santan
  • Sedikit air
  • Garam secukup rasa
  • Gula (jika perlu)

Cara-cara memasak:
  1. Tumis semua bahan yang dikisar dan serai, tumis hingga garing.
  2. Masukkan tomato sos, daun kunyit dan santan setengah kotak serta sedikit air untuk kuahnya, biarkan sehingga mendidih.
  3. Setelah mendidih, masukkan ketam, kecilkan api dan tutup periuk sebentar.  Setelah ketam masak, masukkan lebihan santan tadi berserta garam secukup rasa dan sedikit gula (jika perlu). Gaul rata biarkan mendidih sebentar dan boleh lah diangkat dan dihidangkan.

Ayam Jintan Kicap Pedas

Bahan-bahannya:
  • 1 ekor ayam - di potong kecil, gaulkan sedikit garam dan kunyit serbuk dan digoreng
  • 1 paket kecil rempah penumis(kayu manis, buah pelaga,bunga cengkih dan bunga lawang)
  • 8 sudu besar lada kering yang sudah dikisar
  • 1 biji bawang kuning - dipotong bulat
  • 2 biji bawang putih - dicincang
  • 1 inci halia - dihiris memanjang
  • 2 sudu kecil jintan halus - disangat dan dikisar
  • 2 sudu kecil jintan kasar - disangat dan dikisar
  • 2 sudu kecil lada hitam - dicuci dan dikisar
  • 2 sudu sos tiram
  • Kicap Manis secukup rasa
  • Tomato sos secukup rasa
  • Minyak untuk menggoreng

Cara-cara memasak:-
  1. Panaskan minyak dan tumiskan, rempah penumis, bawang merah, bawang putih dan halia hingga wangi.  Setelah itu masukkan lada kering dan tumis hingga garing.
  2. Masukkan lada hitam, jintan halus dan kasar. Tumis lagi.
  3. Setelah semua bahan garing, masukkan sos tiram, tomato sos dan kicap manis, gaul sebentar dan masukkan ayam.  Tak perlu letakkan garam kerana sos tiram sudah mempunyai rasa yang mencukupi.

Saturday, December 10, 2011

Puding Roti


Paceri Nenas

Paceri Nenas
Bahan-bahannya:-

  • 1 biji nenas - dikopek kulit dan dibelah dua dan dipotong-potong
  • 1 paket kecil rempah penumis
  • 1 paket kecil rempah kari daging
  • 2 sudu besar kerisik
  • 3 sudu besar lada kering yang sudah dikisar
  • 1 biji bawang kuning - dimayang
  • 2 biji bawang putih -dimayang
  • 1/2 inci halia - dihiris memanjang
  • 1/2 kotak santan
  • Minyak untuk menumis
  • Serbuk perasa Knor 'pasti sedap'
  • Garam secukup rasa

Cara-cara memasak:-

  1. Panaskan minyak dan tumiskan rempah penumis dan semua bahan yang dimayang dan daun kari tumis hingga kekuningan.
  2. Masukkan lada kering dan kerisik, tumis hinggan garing.
  3. Setelah itu masukkan pes kari (kari dicampurkan dengan sedikit air) dan tumis hingga garing.
  4. Masukkan santan dan sedikit air bersama nenas dan biarkan mereneh.  Setelah cukup masak, masukkan serbuk perasa dan garam secukup rasa.

Chilies Crab/ Ketam Bercili

Ketam Bercili
Bahan-bahannya:-
  • 10 ekor ketam - disiang dan dibersihkan
  • 8 sudu besar lada kering yang telah dikisar
  • 5 biji cili padi - diketuk
  • 2 biji bawang merah besar - dikisar
  • 1 inci halia - dikisar
  • 2 biji bawang putih - dicincang
  • 3 biji telur - dipukul sedikit
  • Sedikit belacan
  • 2 sudu besar tomato sos
  • 2 sudu besar cili sos
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Daun bawang

Cara-cara memasak:
  1. Tumiskan bawang putih hingga kekuningan.  Setelah itu masukkan bahan yang dikisar bersama lada kering, cili padi dan belacan.  Tumis sehingga garing.
  2. Masukkan tomato sos, cili sos, garam dan gula.
  3. Masukkan ketam, kecilkan api dan tutup periuk untuk memasakkan ketam. 
  4. Setelah ketam masak, boleh lah ditaburkan daun bawang untuk hiasan.

Monday, December 5, 2011

Ayam Masak Paprik Thai

Ayam Masak Paprik Thai
Bahan-bahannya:
  • 1 ekor ayam - dipotong kecil, gaulkan bersama garam dan kunyit dan digoreng
  • 1 biji bawang besar - di mayang 
  • 6 biji bawang merah - ditumbuk
  • 2 biji bawang putih - ditumbuk
  • 5 biji cili padi - diketuk
  • 1 batang serai - diketuk
  • 1 sudu besar lada kering yg telah dikisar
  • 4 sudu besar sos tiram
  • Sos ikan secukup rasa
  • 1 kiub tomyam
  • Kicap manis secukup rasa
  • 1 sudu kecil perasa 'pasti sedap' knor
  • Sedikit air untuk kuah
  • 2 sudu kecil tepung jagung - dicampurkan dengan air
Sayur-sayuran
  • 1 batang karot - dipotong panjang
  • Brokilo
  • Bunga Kobis
  • Baby jagung - dipotong-potong
  • Sayur kacang panjang - dipotong panjang
  • 2 biji tomato -dibelah 8
  • Daun ketumbar
  • Daun limau purut
Cara-cara memasak:-
  1. Tumiskan bawang merah, bawang putih, cili padi dan lada kering.
  2. Setelah garing, masukkan kiub tomyam dan daun limau purut, tumis lagi.
  3. Masukkan sos tiram, sos ikan, karot, bunga kobis, brokoli, baby jagung dan kacang panjang gaulkan semua dan masukkan air untuk kuahnya.  Tutup kuali untuk melembutkan sayur-sayuran tadi.
  4. Setelah itu masukkan ayam, sos ikan, perasa knor dan kicap manis. Masak lagi untuk ayam 'bermesra' dengan kuah paprik.  Masukkan tepung jagung dan biar kuah pekat.
  5. Masukkan daun ketumbar dan tomato. Gaulkan sebentar dan boleh lah diangkat utk dihidangkan bersama nasi putih.

Sunday, November 27, 2011

Homemade Daging Burger

Add caption
Bahan-bahannya:-
  • 1 kg daging cincang
  • 1 biji bawang kuning - dipotong dadu
  • 2 biji bawang putih - dicincang
  • 1 biji kuning telur
  • 3 sudu kecil serbuk lada hitam
  • 3 sudu besar breadcrum
  • Kicap seasoning Maggi - secukup rasa
  • Sedikit planta untuk menggoreng
Cara-cara memasak:-
  1. Campurkan kesemua bahan dan diperap sebentar.  Setelah itu, bentukkan bulat dan digoreng dengan planta dan sedia untuk dibuat burger.

Hash brown

Hash brown
Bahan-bahannya:
  • 2 biji kentang - di rebus dan disejukkan
  • 1/2 biji bawang kuning - dipotong dadu
  • 2 sudu kecil lada hitam/ lada sulah
  • 2 sudu besar cheese yang diparut
  • Secubit garam
  • Sedikit planta/ butter untuk menggoreng
Cara-cara memasakknya:-
  1. Ambil kentang dan parut.  Gaulkan kentang, cheese, lada hitam/lada sulah, garam dan bawang.
  2. Bentukkan mengikut kretiviti masing-masing.
  3. Panaskan planta/ butter sedikit dikuali dan letakkan ketang yang telah dibentukkan, biarkan sehingga masak dan kekuningan barulah diterbalikkan.  

Kacang Panjang Goreng Telur Masin

Kacang Panjang Telur Masin




Breadcrumb


Bahan-bahannya:-

  • Roti 
Cara-cara memasak:-
  1. Bakar roti hingga garing dan kisar hingga halus.
  2. Untuk mendapatkan hasil yang lagi garing, setelah dikisar, masukkan semua breadcrumb kedalam loyang dan bakar lagi kedalam oven untuk beberapa minit.

Singgang Ikan Tenggiri

Singgang Ikan Tenggiri






Sunday, November 13, 2011

Ayam Goreng Berempah

Ayam Goreng Berempah
Bahan-bahannya:-
  • 1 ekor ayam
  • 2 sudu besar rempah kari
  • 1 sudu besar serbuk kunyit
  • 2 sudu besar lada kering yang dah dikisar
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • Kicap Manis secukup rasa
  • Garam secukup rasa
Bahan untuk dikisar
  • 10 biji bawang keci - dikisar
  • 6 biji bawang putih - dikisar
  • 3 inci halia - dikisar
  • 2 sudu besar ketumbar
  • 1 sudu besar jintan halus
  • 1 sudu besar jintan kasar
  • Daun kari
  • 5 batang serai
  • 2 kiub ayam
Ayam yang telah diperap
Cara-cara memasak:-
  1. Cuci ayam dan toskan.
  2. Masukkan bahan kisar bersama bersama ayam.
  3. Bahagi dua daun kari, separuh dikisar dan separuh diperap bersama ayam.
  4. Campurkan tepung jagung, rempah kari, serbuk kunyit dan lada kering. Tambahkan garam secukup rasa (tak perlu banyak kerana kiub ayam sudah masin)
  5. Perap ayam untuk beberapa jam sebelum digoreng.

Nasi Goreng Tom Yam

Nasi Goreng Tom Yam
Bahan-bahannya:-
  • 2 cawan beras basmathi- dimasak dan disejukkan
  • 3 biji bawang merah besar - dihiris
  • 3 biji bawang putih - diketuk
  • 10 biji cili padi - diketuk
  • 3 kiub tom yam
  • 3 potong isi ayam - dipotong dadu
  • 500 gram udang basah - digoreng
  • 2 sudu besar udang kering - dikisar halus
  • 5 batang baby jagung
  • Garam secukup rasa
  • Gula secukup rasa
  • 1 batang bunga kantan - dihiris halus
  • 1 batang serai - dihiris halus
  • 1 mangkuk sayur campur ( didalamnya ada karot, jagung dan kacang pees)
  • Sos ikan secukup rasa
  • Kicap manis secukupnya
  • Garam jika perlu
  • Daun ketumbar
  • 5 helai daun limau purut
  • Sedikit minyak untuk menggoreng
Cara-cara memasak:-
  1. Panaskan minyak ke dalam kuali.  Tumiskan bawang merah, bawang putih, udang kering dan cili padi, tumiskan hingga naik bau.
  2. Masukkan ayam ,kiub tom yam, sayur campur dan baby jagung, tumiskan.  Kecilkan api dan tutupkan kuali, biarkan beberapa minit hingga ayam dan sayur empuk dan sebati bersama perasa tom yam.  
  3. Masukkan udang, serai, bunga kantan, daun limau purut, sos ikan dan kicap manis.
  4. Masukkan nasi yang telah sejuk ke dalam kuali bersama udang yang telah digoreng, daun ketumbar dan daun limau purut.  Kacau hingga rata dan boleh dihidangkan.

Saturday, November 12, 2011

Chicken Mushroom Soup and Garlic French Toast

Chichken Mushroom Soup and Garlic French Toast
Chicken Mushroom Soup
Bahan-bahannya:-
  • 1 tin button mushroom
  • 4 biji kentang -dikisar
  • 1 tin susu cair
  • 1 biji bawang kuning/holand -dikisar
  • 1 1/2 kiub ayam
  • Serbuk lada hitam secukupnya
  • 1 keping isi ayam
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Pasli kering/segar untuk hiasan
Cara-cara memasak:-
  1. Keluarkan mushroom dari tin dan cuci.  Separuh hiris nipis dan separuh lagi di cincang.
  2. Ambil isi ayam dan dipotong dadu.  Masukkan kedalam periuk diatas api yang kecil dan ditutup.  Biarkan ayam itu masak/ kering, kacau-kacaukan.
  3. Masukkan kentang, susu cair, bawang merah, isi ayam yang telah dimasak tadi, kiub ayam serta serbuk lada hitam kedalam periuk dan kacau, pastikan api kecil dan sentiasa dikacau.
  4. Siap untuk dibakar kedalam oven
  5. Setelah pekat, bolehlah dihidangkan dan taburkan daun pasli.

Garlic French Toast
Bahan-bahannya:-
  • Roti biasa atau Frenchloaf (roti perancis)
  • 1 labu bawang putih - dicincang halus
  • 250gm butter/ sebuku
  • Bijan
  • Daun pasli kering/ segar
  • Cheese
Cara-cara membuatnya:-
  1. Masukkan butter kedalam bekas dan kacau hingga butter lembut, setelah itu masukkan bawang putih, bijan dan daun pasli.
  2. Jika mahu boleh diletakkan cheese yg telah dipotong atas yand telah diparut (lagi sedapppp)
  3. Garlic French Toast
  4. Panaskan over terlebih dahulu pada suhu 190, gunakan api atas.  Susunkan roti ke atas gril dan bakas lebih kurang selama 10min.


Ice Cream Goreng

Ice Cream Goreng
Bahan-bahannya:-
  • Ice cream (apa-apa perisa kegemaran)
  • 1 buku roti
  • Tepung goreng pisang ADABI secukupnya
  • Tepung cucur lemak manis ADABI secukupnya
  • Air untuk membancuh
  • Cawan untuk menerap
  • Minyak untuk menggoreng
Cara-cara memasak:- 
  1. Ambil roti dan potong kerak dikeliling roti.
  2. Ambil ice cream ditengah-tengah bahagian roti yang pertama jangan terlalu banyak).  
  3. Terapkan dengan menggunakan cawan.  Tutup dengan kepingan roti yang kedua.
  4. Setelah itu masukkan kedalam bekas kedap udara dan disimpan ke dalam peti sejuk beku, biarkan semalaman or at least 3 jam sebelum digoreng.
  5. Bila hendak menggoreng, panaskan kuali dengan minyak terlebih dahulu.  Bancuhkan tepung goreng pisang bersama tepung cucur lemak manis (jangan terlalu pekat) berama air secukupnya.
  6. Keluarkan ice cream tadi dah celupkan kedalam bancuhan tepung dan terus goreng.  Goreng lebih kurang 1 minit sahaja atau hingga warna bertukar kuning (jangan lama sangat dan pastikan minyak sudah panas barulah digoreng).  Angkat dan terus boleh dimakan!

Thursday, November 10, 2011

Orange Chocolate Chips Muffin

Orange Chocolate Chips Muffin
Bahan-bahannya:- 
  • 2 cawan tepung naik sendiri (blue key)*
  • 1 cawan gula*
  • 1/2 sudu kecil garam*
  • 2 sudu kecil limau sunkist - diparut
  • 1/2 cawan jus limau sunkist**
  • 1/3 majerin/butter - yang telah dicairkan**
  • 1 cawan susu segar**
  • 1 biji telur - dipukul seperti membuat telur dadar**
  • 1/2 cawan chocolate chips
  • 1/2 cawan chocolate rise
Cara-cara memasak:-
  1. Sebelum mula, panaskan oven terlebih dahulu kerana penyediaan adunan ini terlalu mudah dan cepat.
  2. Masukkan bahan* dan gaul rata, ketepikan.
  3. Masukkan bahan** di mangkuk yang lain, kacau rata.
  4. Gambar A.
    adunan sebelum dimasukkan ke dalam  cup
  5. Campurkan bahan * dan ** dan kacau 'tolak dan balik' sahaja. (jangan dikacau lama hanya selepas adunan menjadi seperti digambar A.
  6. Setelah itu masukkan parutan limau, chocolate chips dan chocolate rise.
  7. Masukkan ke dalam cup dan ditaburkan lagi chocolate chips di atasnya (tuangkan hanya 3/4) dan dibakar pada suhu 180 selama 20-25 minit/ sehingga masak.
Nota: Adunan jangan dipukul dengan mixer atau dikacau terlalu lama, muffin akan bentat atau merekah di bahagian atas (tak cantik) Adunan diatas anggaran untuk 12 cup (1 dozen).

Sop Tulang Merah

Sop Tulang Merah
Bahan-bahannya:-
  • 2 kg tulang lembu/ kambing
  • 2 btg Serai - diketuk
  • 2 inci halia - diketuk
  • Lada Kering secukupnya - dikisar
  • 4 biji bawang putih - dikisar
  • 8 biji bawang merah besar - dimayang halus
  • 3 biji kentang - dikisar
  • 1 biji karot - dikisar
  • 1 tin kecil tomato puri
  • 1/2 botol tomato sos/ secukupnya
  • 1/2 botol cili sos/ secukupnya
  • Perasa 'secukup rasa' maggie secukupnya
  • Garam dan gula secukup rasa
Cara-cara memasak:-
  1. Rebus tulang bersama serai dan halia hingga daging empuk.
  2. Tumis bawang putih hingga garing dan masukkan bawang merah dan tumis lagi hingga bawang layu.  Masukkan cili kering dan tumis hingga garing (kecilkan api dan biarkan hingga garing).
  3. Setelah garing masukkan tomato puri, tomato sos dan cili sos.
  4. Setelah mendidih, letakkan perasa, garam dan gula.  Setelah itu masukkan kentang (untuk memekatkan kuah)dan karot.  Biarkan pekat dan masak dan bolehlah dihidangkan bersama roti.

Tuesday, November 8, 2011

Nasi Lemak Kunyit

Nasi Lemak Kunyit
Bahan-bahannya:-
  • 2 cawan beras basmathi (saya gunakan Beras Mogul) - dicuci dan direndam selama 20-30 minit
  • 1 paket kecil rempah penumis
  • 2 biji bawang merah besar - dimayang 
  • 2 biji bawang putih - dicincang
  • 1 inci halia -dihiris panjang
  • 1/2 kotak santan
  • Air secukupnya
  • Daun limau purut
  • Mentega secukupnya untuk menumis
Cara-cara memasak:-
  1. Panas minyak didalam periuk dan tumiskan rempah penumis, bawang merah, bawang putih dan halia hingga wangi setelah itu masukkan daun limau purut, biarkan seketika.
  2. Masukkan air bersama santan kedalam periuk dan biarkan mendidih, letakkan garam secukup rasa.
  3. Setelah mendidih masukkan beras yang telah dicuci dan ditos tadi, kacau dan boleh lah dimasukkan kedalam 'rice cooker' dan masak.

Serunding Daging

Serunding Daging

Bahan-bahannya
  • 1 kg Daging - direbus hingga empuk dan disiat-siat(untuk memudahkan kerja menyiat, daging yang telah direbus itu ditos kering dan kemudian diketuk)
  • Lada kering secukupnya - dikisar
  • 1 paket kecil rempah penumis
  • 3 biji bawang merah besar - dikisar
  • 2 biji bawang putih - dikisar
  • 2 cm halia - dikisar
  • 2 cm kunyit hidup - dikisar
  • 3 cm lengkuas - dikisar
  • 2 batang serai - dihiris dan dikisar 
  • 3 sudu besar ketumbar - dikisar
  • 2 sudu besar jintan halus - dikisar
  • 2 sudu kecil pes asam jawa
  • 1 kotak kecil santan
  • Garam secukup rasa
  • Gula merah secukupnya
  • 1 keping daun kunyit - di potong kasar
  • 1 tangkai daun limau nipis - diambil daunnya dan dibuang batang tengah
  • Minyak untuk menumis
  • Garam dan gula secukup rasa
Cara-cara memasak
  1. Panaskan kuali dan masukkan rempah penumis dan bahan-bahan yang dikisar hingga garing. 
  2. Masukkan santan dan pes asam jawa dikacau dan dimasukkan daging yang telah direbus siat-siat tadi.
  3. Biarkan sebentar, masukkan daun kunyit dan daun limau.
  4. Setelah mendidih, letakkan garam dan gula, gaul rata.  Kacau daging sehingga menjadi serunding/kering.

Monday, November 7, 2011

Sop Tulang Macaroni

Sop Tulang Macaroni
Bahan-bahannya:-
  • 2 kg tulang lembu
  • 3 biji bawang merah - dihiris halus
  • 3 biji bawang putih - dicincang
  • 2 inci halia - diketuk
  • Macaroni secukupnya
  • 1 batang karot - dibersihkan dan dipotong bunga
  • 2 biji kentang - dikopek dan dipotong dadu
  • 1 paket sop bonjot tulang
  • 2 kiub ayam
  • 2 kiub tomyam
  • Daun sop dan daun bawang
  • Bawang goreng
  • 2 sudu teh lada sulah
  • Garam secukup rasa
Cara-cara memasak:-
  1. Rebus tulang hingga daging ditulang empuk, rebus kan bersama halia dan masukkan sop bonjot tulang (bersama rempah penumis yang ada didalam paket tersebut).
  2. Setelah empuk, masukkan lada sulah, kentang, karot, kiub ayam, kiub tomyam dan macaroni, rebus lagi hingga masak.
  3. Setelah masak, tumiskan bawang merah dan bawang putih dikuali yang lain hingga kekuningan, setelah itu masukkan kesemua tumisan bersama minyak tumis ke dalam periuk macaroni.  Masukkan daun sop, bawang goreng dan garam secukup rasa.

Saturday, November 5, 2011

Briani Kambing

Briani Kambing
Bahan-bahannya:-
  • 2 kg daging kambing - dibersihkan. Untuk membuangkan bau hamis bila dimasak, selepas dicuci, gaulkan dengan sedikit tepung gandum dan biarkan untuk 10 minit.  Setelah itu dicuci dan direbus dengan halia.

Bagi cara-cara memasak briani kambing sama seperti memasak Briani Ayam.

Acar

Acar
Bahan-bahannya:-
  • 1 biji lobak merah - dipotong panjang
  • 1 biji timun - dipotong panjang (dibuang bahagian tengah)
  • 3 s/b pes lada kering
  • 3 biji bawang putih - dikisar
  • 4 biji bawang kecil - dipotong dua
  • Sos Tomato secukupnya
  • 1 s/b halba campur
  • Garam dan gula secukup rasa
Cara-cara memasak:-
  1. Tumis halba campur dan masukkan bawang putih dan lada kering sehingga garing.
  2. Masukkan sos tomato secukupnya, garam dan gula.  Kacau sehingga rata.
  3. Masukkan lobak merah, tambahkan sedikit air, kacau rata, setelah air kering, masukkan timun dan kacau rata.  Sedia untuk dihidangkan.

Wednesday, November 2, 2011

Telur Masak Tomato Baked Bean

Bahan-bahannya:-
  • 1 tin baked bean
  • 5 biji telur - digoreng mata lembu
  • 1 biji bawang besar - dimayang halus
  • 2 biji bawang putih - dicincang 
  • 1 biji lada merah - dihiris
  • 2 biji lada hijau - dihiris
  • 1 sudu besar sos tiram
  • Tomato sos secukupnya
  • 2 sudu besar cili sos
  • Air secukupnya
  • Garam dan gula secukupnya
Cara-cara memasak:-
  1. Tumis bawang merah, bawang putih, lada merah dan lada hijau hingga nak bau.
  2. Setelah itu masukkan sos tiram, tomato sos dan cili sos, tumis lagi hingga garing, setelah garing masukkan sedikit air untuk kuah.
  3. Masukkan baked bean, garam dan gula secukup rasa.
  4. Akhir sekali baru masukkan telur yang telah digoreng tadi.

Sunday, October 30, 2011

Kek Asam Manis Kukus

 Resepi kek Asam Manis Kukus
Bahan-bahannya:-
  • 2 cawan biskut Marrie yang telah dikisar halus
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 5 biji telur 
  • 250 gm butter
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 1 sudu kecil baking powder
  • Asam manis secukupnya
Cara-cara memasak:-
  1. Pukulkan butter dan gula hingga kembang, kemudian masukkan telur dan susu, pukul untuk 1 minit.
  2. Masukkan biskut, esen dan baking powder, pukul lagi hingga sebati.
  3. Bahagikan kepada dua bahagian dan warnakan hijau dan merah.
  4. Alaskan loyang dengan aluminium foil atau kertas minyak.  Balut Penutup lotang dengan kain untuk mengelakkan air kukusan jatuh ke atas kek.
  5. Kukus berselang seli dan diletakkan asam manis diantaranya.  Untuk lapisan terakhir, letakkan pada api sederhana dan masak lebih kurang 15 minit lagi.  Untuk lapisan terakhir Boleh lamakan masa mengukus lebih kurang 30-35minit atau sehingga kek masak.
  6. Tip: untuk lebih mudah bolehlah dikukus didalam bekas plastik dan tidak perlu mengalas bahagian bawah dengan foil atau kertas minyak, ditutup dan kukus

Wednesday, October 26, 2011

Bubur Cacar

Bubur Cacar
Bahan-bahannya:-
  • 1 paket bubur cacar - dicuci dan direndam
  • 1 kotak santan
  • 1/2 tin susu cair
  • Gula secukup rasa
  • Secubit garam
  • Beberapa helai daun pandan
  • 2 sudu besar biji sagu - direndam dengan air panas
  • 1 biji keledek merah/kuning- dikopek dan dipotong dadu
Cara-cara memasak:-
  1. Rebuskan keledek hingga empuk bersama daun pandan, setelah empuk, masukkan bubur cacar yang direndam tadi bersama biji sagu (buangkan air kerana akan terlalu memekatkan kuah bubur nanti).
  2. Masukkan gula secukup rasa, secubit garam, santan dan susu cair, kacau, jangan sampai santan pecah, kecilkan api, setelah mendidih, tutup api dan bolehlah dihidangkan.

Ikan Masak Taucu

Ikan Masak Taucu
Bahan-bahannya:-
  • 5 ekor ikan kerisi - digaulkan bersama sedikit garam, kunyit serbuk dan digoreng
  • 2 biji bawang besar - dihiris halus
  • 2 biji bawang putih - dicincang
  • 1 inci halia - dihiris panjang
  • 1 1/2 sudu besar taucu
  • Sedikit belacan
  • 1 sudu besar pes asam jawa
  • 3 biji lada hijau - dipotong tengah
  • 3 biji lada merah - dipotong tengah
  • 5 biji cili padi - diketuk
  • Air secukupnya
  • Perasa Knor 'Pasti Sedap'
  • Gula secukup rasa
Cara-cara memasak:-
  1. Tumis bawang putih, bawang merah, lada merah, lada hijau, cili padi hingga layu.
  2. Masukkan taucu dan tumis lagi.
  3. Masukkan pes asam jawa, belacan (dihancurkan) dan air secukupnya.
  4. Biarkan mendidih dan masukkan perasa knor dan sedikit gula.
  5. Akhir sekali masukkan ikan goreng, biarkan mendidih sebentar dan angkat.

Tuesday, October 25, 2011

Agar-agar Buah


Bahan-bahannya:
  • 1 paket (18gm) agar-agar- dicuci dan ditoskan
  • 6 cawan air
  • 1/2 tin susu cair
  • 1/2 tin susu pekat
  • Gula (secukup rasa)
  • 1 tin sedang buah koktel
Cara-cara memasak:-
  1. Masakkan agar-agar besama air hingga larut dan mendidih, masukkan gula, susu pekat dan susu cair, biarkan mendidih sebentar sambil dikacau.
  2. Tapiskan agar-agar tersebut.  Sebelum dimasukkan ke dalam acuan atau loyang, masukkan buah koktel dan barulah dipenuhkan dengan agar-agar tersebut. Biarkan sejuk, setelah sejuk bolehlah dimasukkan ke dalam peti sejuk dan sedap jika dihidangkan sewaktu sejuk.