Wednesday, November 30, 2016

Kuih Bakar Pandan


Resepinya:

2 cawan Tepung gandum


2 cawan Santan
1 cawan Air pandan (Rebus daun pandan dan ambil air nya)
3 biji Telur
1 cawan Gula
2 sb Minyak Sapi
1/2 sk Garam
Sedikit pewarna hijau
Bijan secukupnya


Cara-cara memasaknya:

1. Campurkan tepung, telur, santan, air daun pandan, gula, garam dan minyak sapi.
2. Kacau adunan sehingga sebati atau bolehlah di kisar sehingga halus. Jika tidak dikisar adunan tadi hendaklah di tapis dahulu.
3. Oleskan Periuk Ajaib dengan minyak sapi pada ke dua bahagian dan panaskan dengan api sederhana, setelah panas, kecilkan api dan tuangkan adunan. 
4.  Taburkan bijan ke atas adunan.  Tutup periuk dan biarkan masak sehingga 30 minit. Setelah 30 min boleh di terbalikkan, angkat penutup dan oleskan minyak sapi di bahagian atas kuih (lakukan pada kedua bahagian kuih). teruskan memasak kuih sehingga mengikut kesukaan anda.
 

Wednesday, August 10, 2016

Homemade Tau Fu Fah

Resepinya:
  • 2 litre air kacang soya (dalam kotak)
  • 1/3 agar2 (18gm)
  • 1 cawan air
  • 2 helai daun pandan
Cara cara membuatnya:
  1. Masakkan agar-agar bersama air sehingga agar2 larut.
  2. Masukkan air kacang soya, daun pandan dan kacau, kecilkan api semasa ini, kacau sehingga sedikit mendidih, tutup api dan tapis kan ke dalam bekas.
  3. Sejukkan pada suhu bilik setelah itu masukkan ke dalam peti sejuk untuk rasa yang lebih sedap.

Untuk air gula:
  1. Masakkan 2 buku gula melaka, 2 helai daun pandan dan 2 cawan air, masakkan sehingga gula larut dan tapis.  Siap! Sejukkan kesemua, dan makan semasa sejuk, amat enak dan nyaman. Insha Allah.

Kuih Buah Rotan

Resepinya:
  • 1 kg tepung pulut
  • 2 biji telur
  • 2 kotak kecil santan
  • 1 sudu kecil garam
  • 2 sudu besar gula/ ikut suka
Cara-cara membuatnya
  1. Masukkan telur, santan, garam dan gula ke dalam pengisar dan kisar sebentar.
  2. Masukkan tepung ke dalam bekas dan masukkan santan yang telah di kisar tadi.  Kacau menggunakan tangan sehingga menjadi doh dan tidak lagi melekat di tangan.
  3. Gentel tepung tadi menjadi bebola kecil, jangan besar kerana kuih akan mengembang bila di goreng nanti.
  4. Gaulkan dengan bijan.
  5. Panaskan minyak dengan api sederhana kecil, setelah panas baru masukkan buah rotan tadi dan masak sehingga kekuning-kuningan

Sunday, June 26, 2016

Sambal Goreng Pengantin 2



Resepi Sambal Goreng Pengantin 2
Bahan-bahannya:

  • 1kg Daging }
  • 1kg Paru }
  • ½ kg Hati lembu }- di rebus, di potong kiub dan di goreng sebentar
  • 1kg Udang - dikopek kulit dan digoreng sebentar
  • 8 bj bawang merah besar*
  • 10 bj bawang putih*
  • 2 inci halia*
  • 2 inci lengkuas*
  • 8 btg serai*
  • 6 bj lada merah*
  • 6 bj lada hijau*
  • 3 senduk nasi pes lada kering
  • 2 inci belacan
  • 2 bj santan 
  • 1 sudu besar penuh asam jawa
  • Air rebusan daging secukupnya
  • Bawang kecil secukupnya-dihiris dan goreng
Cara-cara memasak:
  1. Hiriskan semua bahan yang bertanda (*).  Ketepikan
  2. Ramaskan asam jawa bersama santan dan belacan.  Ketepikan.
  3. Gorengkan lada merah dan lada hijau seketika.  Ketepikan.
  4. Panaskan minyak secukupnya dan tumis bahan yamg telah dihiris kecuali lada merah dan lada hijau.
  5. Tumis sehingga garing dan layu, masukkan lada kering dan tumis sehingga naik minyak.
  6. Masukkan santan yg telah diramaskan demgan belacan dan asam jawa.  Biarkan sehingga mendidih.
  7. Masukkan daging, paru dan hati sehingga kuah pekat.  Sesuaikan rasa dengan garam dan gula.
  8. Akhir sekali masukkan lada merah, lada hijau dan bawang goreng beserta minyak gorengannya sekali.
  9. Siap untuk dihidangkan.

Friday, June 24, 2016

Ayam Serai


Resepi Ayam Serai
Bahan-bahannya:
  • 1 ekor ayam - dipotong kecil, di gaulkan bersama sedikit serbuk kunyit dan garam
  • 10 batang serai - dititik
  • Daun kari secukupnya
  • 3 sb pes lada kering - ikut kepedasan masing²
  • 4 bj bawang merah besar*
  • 4 bj bawang putih*
  • 1 inci halia*
  • 1½ inci belacan*
  • Kicap manis secukupnya
  • Garam dan gula secukupnya
  • Minyak untuk menggoreng
Cara-cara Memasak:
  1. Gorengkan ayam (jangan sampai garing), ketepikan.
  2. Kisarkan bahan yang bertanda (*)
  3. Gunakan minyak menggoreng ayam tadi dan panaskan dan masukkan serai dan goreng hingga kuning, setelah itu masukkan daun kari, biarkan seketika.
  4. Masukkan bahan kisar dan tumis sehingga garing dan terbit minyak.
  5. Masukkan kicap, garam dan gula.  Akhir sekali masukkan ayam dan kacau rata.  Siap untuk dihidangkan

Stew Daging


Resepi Stew Daging
Bahan-bahannya:
  • 1 kg daging - di potong kiub
  • 2 bj bawang merah besar*
  • 3 bj bawang putih*
  • 1 inci halia*
  • 1 sb penuh pes lada kering 
  • 1 sb penuh rempah kari
  • 1 sb penuh tomato puri
  • 1 sb penuh tomato sos
  • 2 sb susu cair
  • 1 sb kicap manis
  • Daun sop Dan daun bawang
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 2 biji kentang - dipotong kiub besar Dan digoreng seketika
  • 2 biji lobak merah - dipotong kiub besar
Cara-cara memasak:
  1. Tumiskan bahan yang bertanda (*).
  2. Panaskan periuk bersama minyak dan tumis bahan yg di kisar sehingga garing, setelah itu masukkan pes lada kering dan tumis lagi sehingga terbit minyak.
  3. Masukkan rempah kari dan daun sop bersama daun bawanh, tumis lagi hingga garing.
  4. Masukkan tomato sos, sos tomato, kicap manis dan susu cair, kacau seketika dan masukkan daging, kecilkan sedikit api dan tutup periuk, biarkan sehingga daging empuk, jika belum empuk boleh tambah kan sedikit air dan masukkan bersama kentang dan lobak merah.  Masak sehingga empuk.
  5. Biarkan sedikit pekat.  Taburkan daun sop sebelum dihidangkan.

Saturday, June 18, 2016

Sambal Goreng Pengantin

Sambal Goreng Pengantin
Bahan-bahannya:
½kg daging
½kg paru
⅓kg hati lembu
½kg udang -dibuang kulit
5 keping tempe - dipotong dadu
5 keping tahu - dipotong dadu
15 batang kacang buncis (optional)
2 biji besar bawang merah*
4 biji bawang putih*
1 inci halia*
2 biji bawang merah - dihiris bulat
3 biji bawang putih - dihiris halus
1 senduk kecil pes lada kering (ikut kepedasan masing²)
3 btg serai*
1 inci lengkuas*
5 biji lada merah - dihiris serong
5 biji lada hijau - dihiris serong
5 biji lada kering - dihiris serong
1 kotak santan
1 inci belacan
1 sb penuh asam jawa
Garam dan gula secukupnya
Minyak untuk menumis

Cara-cara memasaknya:

  1. Rebus daging, paru dan hati.  Setelah itu di potong dadu.
  2. Goreng seketika daging, paru, hati  udang, tempe dan tahu.
  3. Tumis bahan yang bertanda (*) bersama pes lada kering sehingga garing.
  4. Campurkan santan, belacan dan asam jawa dan tuangkan ke dalam bahan tumis tadi.
  5. Masukkan daging, paru, hati, udang, tempe dan tahu.
  6. Masak sehingga sedikit kering, setelah itu masukkan bawang yg di hiris, lada merah, lada hijau dan lada kering.
  7. Setelah kering sesuaikan rasa dengan garam dan gula.  Sedia untuk dihidangkan.

Friday, June 17, 2016

Bubur Lambuk


Bahan-bahannya:
2 cawan beras - dicuci dan ditoskan
400gm daging - dipotong dadu kecil
3 biji bawang besar *
5 biji bawang putih *
2 inci halia *
1 paket kecil rempah penumis
2 sb penuh rempah kurma
2 sb penuh serbuk Sop
3 sb lada putih biji - dikisar
2 sb lada hitam biji - dikisar
1 mangkuk kecil kacang kuda - direndam 30 min
2 mangkuk sayur campur
Seikat kangkung - ambil daunnya sahaja
Minyak untuk menumis
Garam secukup rasa
Perasa serbuk Maggie secukup rasa

Cara-cara memasaknya:
  1. Kisarkan bahan yg bertanda (*).  Panaskan Minyak dan tumis rempah penumis dan bahan yg dikisar Tumis sehingga garing.
  2. Satukan rempah kurma dan sop dengan sedikit air sehingga menjadi pes.  Masukkan ke dalam periuk tadi dan tumis sehingga garing, setelah itu masukkan daging, beras, kacang kuda, serbuk Lada putih dan hitam beserta air.  Masak sehingga nasi separuh kembang.
  3. Setelah Itu masukkan sayur campur dan teruskan masak sehingga beras kembang.  Masukkan kangkung, garam dan serbuk perasa.


Thursday, May 26, 2016

Rendang Daging 2

Buahan-bahannya:

  • 1 kg daging - di potong kiub
  • 1 kg santan
  • Pes lada kering - ikut kepedasan masing²
  • 2 biji bawang besar merah*
  • 4 biji bawang putih*
  • 3 batang serai*
  • 1 inci lengkuas*
  • 2 inci halia*
  • 2 inci kunyit*
  • 3 sb kerisik
  • Air asam jawa/asam keping
  • Gula merah secukup rasa
  • Garam secukup rasa
  • Daun kunyit - dihiris rampai
  • Daun limau purut - dibuang urat tengah
Bahan untuk di sangai dan dikisar:
  • 2 sb ketumbar biji
  • 1 sb jintan halus
  • 1 sb jintan kasar

Cara-cara membuatnya:
  1. Tumiskan bahan (*) dan pes lada kering, tumis seketika dan masukkan daging kacau sehingga mendidih dan gunakan api sederhana kecil.  Masak sehingga air daging kering.
  2. Setelah itu masukkan santan, air asam jawa/asam.keping.  Masak sehingga separa kering, masukkan kerisik dan biar kan sehingga kering, daun kunyit dan daun limau purut.  Setelah itu sesuaikan rasa dan boleh di hidangkan. 
Nota: 
1. Jumlah masa memasak daging lebih kurang 2 jam 15 min utk mendapatkan daging yg empuk dan lembut.
2. Rendang akan lebih sedap jika dikeringkan lagi keesokkan harinya, jadi utk masak pada hari pertama jangan terlalu kering sangat.