Orange Chocolate Chips Muffin |
- 2 cawan tepung naik sendiri (blue key)*
- 1 cawan gula*
- 1/2 sudu kecil garam*
- 2 sudu kecil limau sunkist - diparut
- 1/2 cawan jus limau sunkist**
- 1/3 majerin/butter - yang telah dicairkan**
- 1 cawan susu segar**
- 1 biji telur - dipukul seperti membuat telur dadar**
- 1/2 cawan chocolate chips
- 1/2 cawan chocolate rise
Cara-cara memasak:-
- Sebelum mula, panaskan oven terlebih dahulu kerana penyediaan adunan ini terlalu mudah dan cepat.
- Masukkan bahan* dan gaul rata, ketepikan.
- Masukkan bahan** di mangkuk yang lain, kacau rata.
- Campurkan bahan * dan ** dan kacau 'tolak dan balik' sahaja. (jangan dikacau lama hanya selepas adunan menjadi seperti digambar A.
- Setelah itu masukkan parutan limau, chocolate chips dan chocolate rise.
- Masukkan ke dalam cup dan ditaburkan lagi chocolate chips di atasnya (tuangkan hanya 3/4) dan dibakar pada suhu 180 selama 20-25 minit/ sehingga masak.
Gambar A. adunan sebelum dimasukkan ke dalam cup |
Nota: Adunan jangan dipukul dengan mixer atau dikacau terlalu lama, muffin akan bentat atau merekah di bahagian atas (tak cantik) Adunan diatas anggaran untuk 12 cup (1 dozen).