Sayur Goreng Jawa

Sayur Goreng Jawa
Resepi Sayur Goreng Jawa
Bahan-bahannya:
  • 10 batang sayur kacang panjang - dihiris serong 
  • 1 biji bawang merah besar - ditumbuk
  • 2 biji bawang putih - ditumbuk
  • 2 sudu besar udang kering - ditumbuk
  • 200 gram udang basah (kalau tak letak pun takpe, kalau letak lagi sedap)
  • 2 batang serai - dihiris nipis 
  • 3 biji lada merah - dihiris serong
  • 3 biji lada hijau - dihiris serong
  • 4 keping tempe (yang dibungkus dalam daun pisang) - dipotong dadu 
  • 3 keping tahu - dipotong dadu
  • 4 keping hati - digoreng bersama sedikit rempah kari dan garam 
  • 3 keping mempedal - digoreng bersama sedikit rempah kari dan garam 
  • 1 paket suun dan tahu kering - direndam (dipotong-potong sedikit)
  • 1/2 kotak santan
  • 1/2 inci belacan
  • 1-2 sudu kecil pes asam jawa (ikut citarasa)
  • Perasa Maggie 'Cukup Rasa'
  • Garam secukup rasa
Cara-cara memasak:-
  1. Goreng tahu, tempe, hati dan mempedal (digoreng satu persatu) hingga garing.  Untuk hati dan mempedal setelah siap digoreng hendaklah dipotong dadu.
  2. Tumiskan bahan yang ditumbuk bersama udang basah dan serai, tumis sehingga naik bau kemudian masukkan kesemua bahan iaitu, sayur kacang panjang, tahu, tempe, hati, mempedah, lada merah, lada hijau, suun dan tahu kering. 
  3. Gaulkan belacan(hancurkan) kedalam santan bersama pes asam jawa kemudian masukkan semuanya kedalam bahan gorengan tadi.  Boleh lebihkan sedikit santan tadi kepada 2-3 cawan.  
  4. Masaklah sayur tadi hingga kuah pekat dan akhir sekali masukkan bahan perasa, garam secukup rasa.  Siap, dah boleh lah dihidangkan.