Nasi Serai jagung

Resepi Nasi Serai Jagung
Bahan-bahannya:-
  • 2 cawan beras basmathi - Mai gunakan beras moghul faiza.
  • 1 paket kecil rempah penumis
  • 1 cawan susu cair
  • 1 1/2 cawan air
  • 1 biji bawang merah besar - dihiris
  • 1 biji bawang putih - dicincang
  • 1/2 inci halia - dihiris panjang
  • 1/2 kiub ayam
  • 1/2 tin jagung manis (yang separuh hancur)
  • 4 batang serai - diketuk
  • 1/2 cawan minyak sapi
Cara-cara memasak:-
  1. Cuci beras dan rendam selama 30min, setelah itu ditoskan.
  2. Panaskan periuk dengan minyak sapi, tumiskan minyak sapi, bawang merah, bawang putih dan halia. Tumis hingga wangi.
  3. Masukkan susu cair, serai, kiub ayam, serai dan jagung, kacau dan biarkan sehingga mendidih.
  4. Setelah mendidih, masukkan beras, kacau sebentar dan alihkan kedalam periuk nasi (rice cooker) dan masak seperti biasa.
  5. Taburkan bawang goreng dan daun bawang untuk hiasan semasa dihidangkan.