Mee Hong Kong

Mee Hong Kong
Bahan-bahannya:-

  • Mee teow, mee kuning, instant maggie
  • 3 biji telur
  • 4 biji bawang putih-dicincang
  • 1 sb serbuk lada sulah
  • Udang-dibuang kulit hanya tinggalkan bahagian ekor(kulit udang direbus dan diambil air rebusannya)
  • Sotong-dipotong ikut suka
  • Isi ayam-dipotong dadu
  • 1 keping 'fish cake'
  • Sayur sawi
  • Lobak merah-dipotong ikut suka
  • 2 sb tepung jagung-dicampurkan sedikit air
  • 2 sb sos tiram
  • 1 sb kicap manis
  • Serbuk perasa secukupnya

Cara-cara memasak:-
  1. Panaskan kuali dengan sedikit minyak.  Pukul sebiji telur ke dalam mangkuk dan mee untuk seorang makan dan dicampurkan bersama telur.  Masak mee seperti memasak telur dadar. Sehingga kekuningan, angkat dan ketepikan. Ulang langkah yang sama untuk setiap seorang.
  2. Panaskan kuali bersama minyak dan tumiskan bawang putih dan serbuk lada sulah.
  3. Masukkan ayam dan sotong.
  4. Masukkan air rebusan udang, setelah mendidih, masukkan 'fish cake', udang, lobak merah, sos tiram, kicap dan serbuk perasa.
  5. Setelah itu masukkan tepung jagung yang telah dicairkan. (Kuah akan menjadi pekat) masukkan sayur sawi.
  6. Pukul 1 biji telur di dalam mangkuk.  Tutup api kuah dan siramkan telur ke dalam kuali kuah tadi(semasa menyiram telur sambil mengacau kuah sehingga telur habis)
  7. Tuang kuah yang telah siap ke atas mee yg telah di 'dadar' tadi.