Kuih Buah Rotan

Resepinya:
  • 1 kg tepung pulut
  • 2 biji telur
  • 2 kotak kecil santan
  • 1 sudu kecil garam
  • 2 sudu besar gula/ ikut suka
Cara-cara membuatnya
  1. Masukkan telur, santan, garam dan gula ke dalam pengisar dan kisar sebentar.
  2. Masukkan tepung ke dalam bekas dan masukkan santan yang telah di kisar tadi.  Kacau menggunakan tangan sehingga menjadi doh dan tidak lagi melekat di tangan.
  3. Gentel tepung tadi menjadi bebola kecil, jangan besar kerana kuih akan mengembang bila di goreng nanti.
  4. Gaulkan dengan bijan.
  5. Panaskan minyak dengan api sederhana kecil, setelah panas baru masukkan buah rotan tadi dan masak sehingga kekuning-kuningan