RESEPI PEPES AYAM


Resepinya: 
Bahan2 Nya
  • 1 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • Sedikit halia
  • Sedikit kunyit hidup
  • 2 batang serai
  • Sedikit pes lada kering (ikut kepedasan masing²)
  • 2 Sudu teh ketumbar
  • 1 Sudu teh jintan manis
  • 1 Sudu teh jintan Putih
  • 1 kiub ayam
  • Daun kunyit hiris halus



Cara-cara memasak:
  • Bahan ni semua dikisar melainkan daun kunyit aja.
  • Tumis bahan kisar
  • Masukkan santan dan perasakan dengan gula dan garam
  • Tumis agak pekat dan biarkan dia sejuk
  • Dua keping dada ayam tanpa tulang...kisar dengan dua biji telur dan satu setengah sudu makan tepung ubi...
  • Dah kisar gaulkan dengan bahan tumis yang dah disejukkan dulu tu.
  • Lepas tu bungkus dengan daun pisang dan kukus. 
  • Selepas kukus, semasa nak makan boleh lah dibakar sebentar

Resepi kredit kepada Tuan Mes Wandi Mahari