LASAGNA

 



Resepi Lasagna

  • 1 kotak kepingan instant lasagna
  • Pelbagai cheese (Mozzarella, parmesan dan slice)

Sos Merah

  • 2 biji Bawang Holland – dicincang dadu
  • 5 ulas Bawang Putih – dicincang
  • 400gm Daging Cincang
  • Minyak untuk menumis
  • 1 botol besar Sos Spagethi
  • 1 tin Cendawan Butang (dlm tin) - dihiris
  • 1 senduk kecil Pes Lada Kering (lebihkan jika suka)* optional
  • 3 s/b Serbuk Lada Hitam
  • 3 s/b Sos Tomato
  • 4 s/b Sos Cili
  • 1 Cawan Air
  • Garam
  • Gula – lebih kan sedikit gula
Cara-cara memasak:
  1. Panaskan minyak dan tumis kan bawang holland dan bawang putih sehingga kekuningan
  2. Masukkan daging, gaulkan sehingga daging masak
  3. masukkan cendawan dan sos spagethi bersama sos tomato dan cili dan masak seketika
  4. Masukkan sedikit air, dan sesuaikan rasa dengan garam dan gula. Kuah biarkan sedikit manis




Resepi Sos Putih:

  • 3 s/b Penuh Butter
  • 2 s/b Tepung Gandum
  • 2 Cawan Susu Segar
  • 2 Cubit Garam
  • 5 Kepingan Cheese

Cara-cara memasak:

  1. Panaskan butter dengan api sederhana, setelah cair masukkan tepung dan kacau
  2. Setelah likat masukan susu segar sedikit demi sedikit
  3. Masukkan garam dan cheese dan kacau semula sehingga sos menjadi pekat (sos akan lebih pekat setelah ia sejuk)


Cara melapis lasagna:

  1. Letakkan sos putih di dasar bekas utk di bakar (hanya rata nipis keseluruhan bahagian bawah
  2. Letakkan kepingan lasagna 
  3. Letakkan sos merah, rata kesemua bahagian
  4. Letakkan sos putih, rata kesemua bahagian
  5. Taburkan cheese atau kepingan chesse ke seluruhan bahagian
  6. Letakkan kepingan lasagna dan ulang proses melapis tadi
  7. Pada lapisan terakhir hendaklah lapisan sos putih dan taburkan dengan cheese
  8. Tutup bekas pembakar dengan aluminium dan bakar selama 50 min (180 atau mengikut oven masing masing). Buka aluminium foil dan sambung bakar selama 10 min atau sehingga lasagna masak (blh Nampak cheesenya 'menari²'  ataupun cucuk kan dengan lidi kecik untuk pastikan kepingan lasagna telah lembut