RESEPI BUBUR LAMBUK


Resepi Bubur Lambuk

Bahan-bahannya:

  • 2 cawan beras - dicuci dan ditoskan
  • 400gm daging - dipotong dadu kecil
  • 10 biji bawang kecil - dihiris
  • 3 biji bawang besar *
  • 5 biji bawang putih *
  • 2 inci halia *
  • 1 paket kecil rempah penumis
  • 2 sb penuh rempah kurma
  • 2 sb penuh serbuk Sop
  • 1 sb lada putih biji *
  • 1 sb lada hitam biji *
  • 1½ sb ketumbar*
  • 1½ sb jintan manis*
  • 1 mangkuk kecil kacang kuda - direndam 30 min
  • 2 mangkuk sayur campur
  • Seikat kangkung - ambil daunnya sahaja
  • Minyak untuk menumis
  • Garam secukup rasa
  • 2 kiub daging
  • Perasa serbuk daging secukupnya

Cara-cara memasaknya:

  1. Kisarkan bahan yg bertanda (*).  Panaskan Minyak dan tumis rempah penumis dan bawang yg telah dihiris sehingga kekuningan, setelah itu masukkan yg dikisar, yumis sehingga garing.
  2. Satukan rempah kurma dan sop dengan sedikit air sehingga menjadi pes.  Masukkan ke dalam periuk tadi dan tumis sehingga garing, setelah itu masukkan daging, beras, kacang kuda beserta air.
  3. Masak sehingga nasi separuh kembang.
  4. Setelah Itu masukkan sayur campur dan teruskan masak sehingga beras kembang.  Masukkan kangkung, garam dan serbuk perasa.

<~~~~~>

Jika menggunakan periuk tekanan noxxa.

  1. Gunakan mode STIR FRY dan tumis bahan² dan rempah sehingga garing dan masukkan daging, beras, kacang kuda dan air, kacau rata dan masak menggunakan mode HP selama 20 minit.
  2. Setelah itu masukkan sayur campur dan tekan mode HP selama 5 minit.
  3. Setelah itu masukkan sayur kangkung dan sesuaikan rasa. 
  4. Jika hendak bubur yg pekat, gunakan mode STIR FRY dan kacau bubur sehingga tekstur yg dikehendaki.  Hidangkan dengan taburan bawang goreng
#noxxa