SOS LADA HITAM/ BLACK PEPPER SAUCE


Resepinya:

  • 2 sudu besar mentega
  • 1 biji bawang besar Holland - potong dadu
  • 1 ½ sudu besar tepung gandum
  • 1 kiub pati ayam Knorr
  • 2 sudu besar sos cili
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 2 cawan air
  • 2 sudu besar lada hitam kisar kasar
  • ½ sudu besar kicap pekat
  • Garam - jika perlu


Cara cara memasak:

  1. Panaskan mentega dan tumis bawang besar sehingga naik bau. Masukkan tepung gandum. Kacau rata.
  2. Masukkan kiub pati ayam, sos cili, sos tomato dan 2 cawan air.
  3. Masukkan lada hitam dan kicap pekat. Kacau rata. Angkat dan masukkan ke dalam blender dan kisar halus. 
  4. Tuang semula sos yang dikisar ke dalam kuali dan kacau seketika sahaja kerana kuah akan menjadi pekat.