Nasi Lemak Kukus


Nasi Lemak Kukus
Resepinya..
Bahan-bahannya
  • 5 cawan beras Basmathi
  • 2 biji pati santan
  • 1 batang serai - diketuk
  • 3 helai daun pandan
  • 1 biji bawang merah besar - dihiris
  • 2cm halia - dihiris
  • Perasa knorr (optional)
  • Garam secukup rasa
Hasil sebelum di letakkan santan
Cara-cara membuatnya
  1. Didihkan air dalam pengukus. Basuh beras dan kukus dalam pengukus, kukus hingga separuh masak.
  2. Keluarkan beras dari pengukus dan rendam dengan air sehingga air rendaman itu sejuk, sekurang-kurangnya 30min - 1 jam supaya beras memanjang 2 kali ganda.  
  3. Setelah itu, kukus semula beras yang telah memanjang tadi selama 10 min.  
  4. Keluarkan nasi yang telah masak dan gaul bersama santan yang telah dicampur bawang merah, halia dan garam, biar seketika supaya santan menyerap masuk dalam beras. Akhir sekali, kukus lagi sekali bersama daun pandan dan serai hingga nasi kelihatan berderai, cantik dan santan yang terserap tadi masak.
    Nasi Setelah diletakkan santan
    untuk dikukus lagi
    Tips: Semasa mengukus, lubangkan dengan jari beras tersebut supaya masak serata. Sekiranya hendak makan pada pagi, kukus dan rendam pada waktu malam sebelum. Nasi lemak kukus ini lebih sedap dari yang ditanak biasa dan lebih untung kerana tiada kerak.