Sunday, April 8, 2012

Nasi Goreng Planta

Nasi Goreng Planta
Resepi Nasi Goreng Planta
Bahan-bahannya:-
  • 2 cawan beras basmathi - dimasak dan disejukkan (kalau dibiarkan semalaman pun lagi elok)
  • 6 biji cili padi - di ketuk
  • 2 biji bawang merah besar - di mayang halus
  • 2 biji bawang putih - diketuk
  • 6 sudu besar Planta/ butter *
  • 3 keping isi ayam - di potong dadu
  • 4 sudu sos tiram
  • 1-2 sudu besar lada sulah
  • 4 batang sosej - dihiris-hiris
  • Sayur campur secukupnya
  • Garam secukup rasa
Cara-cara memasak:-
  1. Panaskan  *4 sudu besar planta/ butter ke dalam kuali, selepas planta/ butter cair, tumiskan bawang merah, bawang putih, cili padi sehingga bahan layu.  
  2. Setelah itu masukkan isi ayam.  Setelah ayam masak, masukkan sayur campur, sosej, lada sulah dan sos tiram dan tumis lagi untuk melembutkan sayuran tadi.
  3. Setelah itu baru masukkan nasi dan digaul rata, setelah rata akhir sekali letakkan lebihan *planta/ butter tadi sebanyak 2 sudu besar ke atas nasi dan digaul rata.  
  4. Jika kurang rasa, baru dimasukkan garam dan dikacau rata lagi.  Setelah cukup rasa bolehlah diangkat dan dihidangkan.

Friday, April 6, 2012

Kerang Goreng Berlada Daun Kunyit

Kerang Goreng Berlada Daun Kunyit
Resepi Kerang Goreng Berlada Daun Kunyit
Bahan-bahannya:-
  • 2 kg kerang - dicuci bersih
  • 3 sudu besar lada kisar
  • 1 batang serai - diketuk
  • 2 helai daun kunyit - dirajik halus
  • Garam dan gula secukup rasa
Bahan untuk dikisar
  • 2 biji bawang merah besar
  • 3 biji bawang putih
Cara-cara memasak:-
  1. Ambil kerang dan masukkan kedalam periuk, tutup periuk dan dimasak sehingga kebanyakkan kerang terbuka (tak perlu letak air semasa memasak).  Setelah masak dan kebanyakkan kerang terbuka, kopekkan kerang tersebut (buangkan sebelah cengkerangnya sahaja).
  2. Tumis bahan yang dikisar sehingga naik bau dan masukkan lada kisar dan serai, tumis sehingga tumisan garing.
  3. Masukkan kerang dan daun kunyit.  Setelah semuanya rata masukkan garam dan gula secukup rasa dan bolehlah diangkat dan dihidangkan.

Thursday, March 22, 2012

Lemak Nenas Ikan Kering Kurau

Lemak Nenas Ikan Kering Kurau
Resepi Masak Lemak Ikan Kering Kurau ni memang membuka selera, lebih-lebih lagi dimakan bersama sambal belacan gile gile! dan telur dadar!
Bahan-bahannya:
  • 1 biji nenas - di potong keping dan dibuang batang tengahnya
  • 2 batang serai - diketuk
  • 1 helai daun kunyit
  • Beberapa keping Ikan Kering Kurau
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 1 kotak santan (400ml)
  • Air secukupnya
Bahan-bahan yang dikisar
  • 2 biji lada merah
  • 5 biji cili padi
  • 1 biji bawang merah besar
  • 2 biji bawang putih
  • 1/2 inci halia
  • 4 biji buah keras
  • 1 inci belacan
Cara-cara memasak:-
  1. Masukkan bahan yang dikisar kedalam periuk bersama air (anggaran 2 cawan) dan nenas, masak sehingga mendidih.
  2. Ambil ikan kering dan dibasuh sedikit (untuk mengelakkan rasa yang terlalu masin pada kuah) dan dimasukkan kedalam periuk tadi bersama setengah kotak santan.  Letakkan juga serai, daun kunyit, sedikit garam, gula dan suaikan rasa.
  3. Setelah kuah mendidih tuangkan lebihan santan kotak tadi dan biarkan seketika dan boleh lah dihidangkan....

Sambal Belacan Gile Gile!

Sambal Belcan Gile Gile!
Resepi sambal belacan gile gile!
Bahan-bahannya:-
  • 6 biji lada merah
  • 6 biji cili padi
  • 2 biji tomato
  • 1 inci belacan
  • 1 sudu besar ikan bilis - digoreng
  • Garam dan gula secukupnya
  • 1 sudu besar minyak
Cara-cara memasak:-
  • Panaskan kuali bersama minyak, setelah panas, masukkan lada merah, cili padi, belacan, tomato dan ditumis sehingga bahan-bahan garing/ layu.
  • Setelah itu semua bahan dikisar kering bersama ikan bilis goreng.  Setelah siap, suaikan rasa dengan sedikit garam dan gula.

Sunday, March 18, 2012

Daging Masak Kicap Lada Hitam

Daging Masak Kicap Lada Hitam

Resepi Daging Masak Kicap Lada Hitam
Bahan-bahannya
  • 1 kg daging direbus dan dihiris nipis
  • 1 mangkuk kecil air rebusan daging
  • 2 biji bawang merah besar di hiris bulat
  • 2 biji kentang di hiris nipis
  • Minyak untuk menumis
  • Kicap manis
  • 2 kiub ayam
  • 3 biji cili padi merah (optional)
Bahan dikisar
  • 6 biji lada hijau
  • 3 biji bawang merah besar
  • 2 biji bawang putih
  • 2-3 sudu besar lada hitam
 Cara-cara membuatnya
  1. Tumiskan bahan yang dikisar hingga cukup garing, setelah garing, masukkan daging , hirisan kentang, kiub ayam dan air rebusan daging dan biarkan mendidih.
  2. Setelah air sedikit kering, masukkan bawang yang dihiris.
  3. Masukkan kicap manis secukupnya dan garam jika perlu.  Setelah cukup kepekatannya boleh lah diangkat dan dihidangkan dengan hirisan cili padi merah (tanpa biji).

Saturday, March 17, 2012

Nasi Kunyit

Nasi Kunyit
Resepi Nasi Kunyit
Bahan-bahannya:-
  • 5 cawan beras basmathi - dicuci dan direndam selama 1 jam
  • 5 biji bawang kecil - dihiris halus
  • 2 biji bawang putih - dihiris halus
  • 1 inci halia - dihiris memanjang
  • 1 paket rempah penumis
  • 2 kuib ayam
  • 2 sudu kecil kunyit serbuk
  • 3 sudu besar mentega
  • 1 ikat daun pandan
  • 5 cawan air
  • Garam secukup rasa
Cara-cara memasak:-
  1. Toskan beras yang direndam dan terus masukkan kedalam 'rice cooker' dan tambahkan air sebanyak 5 cawan.
  2. Panaskan metega di dalam kuali, setelah panas, tumiskan rempah penumis dan bahan yg dihiris, tumis sehingga garing.  Setelah itu masukkan kunyit serbuk, kiub ayam dan daun pandan, tumis lagi seketika.
  3. Masukkan bahan yang telah ditumis tadi kedalam 'rice cooker' yang telah dimasukkan beras dan air tadi, kacau rata, letakkan garam secukup rasa dan masak nasi seperti biasa.  Setelah nasi masak, buka periuk dan gaul sedikit untuk meratakan bahan-bahan yang berada diatas nasi dan tutup semula nasi untuk 10 minit dan bolehlah dihidangkan.

Ayam Masak Ungkep

Ayam Ungkep
Resepi Ayam Masak Ungkep
Bahan-bahannya:-
  • 1 ekor ayam - dipotong ikut suka
  • 1 paket rempah penumis
  • 10 biji cili padi - diketuk
  • 2 batang serai - diketuk
  • 1 helai daun kunyit
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Perasa Maggie Cukup Rasa
Bahan untuk dikisar
  • 3 sudu besar ketumbar
  • 1 sudu besar jintan halus
  • 1 sudu besar jintan kasar
  • 3 biji bawang merah besar
  • 3 biji bawang putih
  • 1 inci halia
Cara-cara memasak:-
  1. Tumiskan rempah penumis dan bahan yg dikisar hingga benar-benar garing.  Setelah garing, masukkan ayam, serai, daun kunyit dan cili padi. Kecilkan sedikit api dan tutup periuk untuk biarkan ayam masak, (tak perlu tambahkan air).  
  2. Setelah ayam masak masukkan garam, gula dan perasa, kacau dan biarkan sehingga kuah pekat.

Friday, March 16, 2012

Ayam Masak Gulai Limau Purut

Ayam Masak Gulai Limau Purut
Resepi Ayam Masak Gulai Limau Purut ni rasanya boleh juga digantikan dengan kari ikan tongkol (sebab kurenggg makan ikan tu) untuk makan bersama Nasi Dagang. yeah!
Bahan-bahannya:-
  • 1 ekor ayam - dipotong ikut suka (mai suka potong kecil)
  • 1/3 cawan santan
  • 1/2 cawan susu cair
  • 2 sudu besar cili kisar
  • 3 keping asam keping
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Perasa Maggie
  • Daun Limau purut
  • 6 biji cili padi (dibuang tangkai)
Bahan untuk dikisar
  • 3 biji bawang merah besar
  • 3 biji bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 inci lengkuas
  • 2 batang serai
  • 1 sudu besar ketumbar
  • 1/2 sudu besar jintan halus
  • 1/2 sudu besar jintan kasar
Cara-cara memasak:-
  1. Tumis bahan yang dikisar hingga naik bau dan masukkan lada kering.  Tumis sehingga garing.
  2. Setelah garing masukkan ayam, kecilkan api dan biarkan sampai ayam masak, setelah itu masukkan daun limau purut, santan, susu cair, perasa maggie, cili padi, garam dan gula (mesti letak, kalau tidak, tak sedap).  Tambahkan kan sedikit air jika terlalu pekat, biarkan mereneh seketika sehingga kuah mendidih dan bolehlah ditutup dan sedia dihidangkan.