Hati Udang

Hati Udang ni sedap dimakan bersama ketupat atau pun nasi empet.

Hati Udang

Bahan-bahannya
  • 1 kg udang (di potong misai udang sahaja dan ekor)
  • 1 kg paru (di rebus, di potong kecil dan di goreng)
  • 1/2 kg hati (di rebus, jgn terlalu lama,iainya akan keras kan hati tersebut, di potong kecil dan di goreng)
  • 1 kg santan pekat
  • 1 kg Bawang merah besar  - dihiris bulat
  • 1/2 kg Bawang merah kecil- dihiris bulat
  • Lada kering secukupnya - direndam dan dikisar
  • Udang digoreng separuh masak
  • Minyak untuk memasak
Cara-cara membuatnya
  1. Panaskan kuali, bila panas, gorengkan udang separuh masak, angkat dan diketepikan.
  2. Dalam kuali yang sama dan minyak yang sama, tumiskan bawang merah besar sehingga layu.  Setelah layu masukkan  lada kering yang telah dikisar, tumis hingga garing (kecilkan sikit api untuk menggaringkan lada kering tersebut).
  3. Setelah garing, masukkan santan dan kacau biarkan beberapa minit dan masukkan paru, hati dan udang, kacau hingga mendidih dan pekat (jgn terlalu pekat, kerana kuahnya akan dimakan bersama ketupat).
  4. Dalam masa yang sama, tumis bawang merah kecil untuk membuat bawang goreng didapur yang lain, setelah bawang tersebut kuning, masukkan kesemua bawang goreng tersebut bersama minyak menggoreng kedalam kuali yang pertama.
  5. bawang merah besar hirisi bulat dan goreng
  6. Akhir sekali masukkan garam secukup rasa dan gula, lebihkan gula untuk rasa lebih sedap dan sedia untuk dihidangkan bersama ketupat atau nasi empet.....yummy!