Ikan Merah Kukus



Masakan ikan kukus ni ialah yang paling....senang/mudah/simple/easy dan yang sewaktu dengannya, its so simple macam masak maggie mee 2min. :), kalau tak percaya, lets browse the resepi:-


Bahan-bahannya
  • 1/2 ekor ikan merah saiz besar (kalau ikan kecil guna seekor)
  • 3 helai daun bawang
  • segenggam daun katumbar
  • 2 sudu besar kicap cair
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 2 ulas bawang putih - dimayang nipis
  • 1 inci halia - dihiris nipis
  • 2-3 titik minyak bijan
  • 1 batang cili merah & hijan - dihiris
  • 1 sudu kecil asam jawa/ limau purut (ambil jusnya sahaja)
  • 1 biji karot – di potong bulat berbunga (ikut suka, kalau nak tambah sayuran lain pun boleh)
  • Secubit garam (sos tiram dah cukup rasa so jgn letak garam lebih-lebih
Cara-cara
  1. Masukkan ikan ke dalam bekas yang tahan panas.
  2. Dalam bekas yang lain, campurkan sos tiram, kicap cair, garam dan asam jawa/jus limau purut dan minyak bijan.
  3. Taburkan halia dan bawang putih. Kalau boleh, masukkan ke celah-celah ikan.
  4. Tabur daun bawang, daun ketumbar, cili merah dan hijau potong ke atas ikan.
  5. Akhir masukkan bahan yang di campur tadi ke dalam bekas ikan dan kukus selama 20 minit atau hingga ikan masak. 
* Note: 
Kalau tak nak gunakan pengukus, boleh juga kita gunakan microwave, tapi bekas ikan itu hendaklah ditutup untuk mendapat kan effect kukusan selama lebih kurang 11 min.