Kerang Goreng Cili yummy...


Kerang goreng cili ni boleh di makan dengan nasi panas bersama telur dadar, very the sedap....ada dua cara, yang ini I sempat share kan yang bersama dauh selasih, kalau nak letak daun kunyit pun sedap....tapi resepinya ada lain sikit. selamat mencuba!

Bahan-bahannya
  • Kerang
  • Lada kering- dikisar halus
  • Bawang merah - dikisar halus
  • Bawang putih - dikisar halus
  • Sos tiram
  • Cili sos
  • Tomato sos
  • Daun selasih
  • Serai
  • Minyak untuk menumis
Cara-caranya
  1. Bersihkan kerang dan rebus bersama serai (untuk wangi).  Kopekkan hanya sebelah cengkerang sahaja dan tinggalkan cengkerang yang berisi.
  2. Tumiskan  bahan yang dikisar tadi hingga garing, setelah garing, masukkan sos tiram, cili sos dan tomato sos, gaulkan hingga sebati dan kering.
  3. Masukkan kerang yang telah direbus tadi, kacau hingga rata dan kecilkan api.
  4. Akhir sekali, letakkan daun selasih dan boleh dihidangkan.