Nasi Goreng trotro

Pernah tak dengar mak kita dulu kata, masak main campak-campak? ha...kalau nak tahu ini lah versi Nasi goreng campak-campak tapi kak mai dah commercial kan kepada NASI GORENG TROTRO (dari ayat THROW heheh).  Nasi goreng trotro ni enak juga kalau di makan bersama sambal udang ke atau ayam goreng kunyit atau di makan begitu sahaja. Ok jom kita tengok bahan-bahan yang senang di sediakan

Bahan-bahannya
  • 2 cawan beras - dimasak dan disejukkan
  • 1 keping isi ayam
  • Lada merah dan lada hijau - di hiris
  • Bawang merah - dihiris
  • Bawang putih - diketuk
  • Sedikit lada putih/ sulah
  • Sayur campur (karot, kacang pees dan jagung)
  • Sedikit sos tiram
  • Garam secukupnya
  • Bawang goreng untuk hiasan
Cara-cara membuatnya
  1. Panaskan minyak dan tumis kan bawang putih,setelah garing, masukkan isi ayam dan kacau.
  2. Masukkan lada merah, hijau dan bawang tumis hingga naik bau dan masukkan lada putih/sulah dan sos tiram, kacau hingga sebati.
  3. Akhir sekali masukkan sayur campur, di gaul sekejap dan terus masukkan nasi, garam secukup rasa (jangan terlalu banyak kerana sos tiram donates ke semua rasa) dan kacau, kecil kan api kacau dalam 2 min lagi dan angkat.  Taburkan bawang goreng dan sedia di hidangkan.
Senangkan? tak perlu blender-blender pun, semua bahan di hiris.....boleh minta tolong anak buatkan kerja menghiris :).  Selamat mencuba!