Bahan-bahannya
- 1 cawan terpung castard
- 3 1/2 cawan air
- 1 biji telur (kuning sahaja)
- 3 sudu besar susu pekat
Cara-cara membuatnya
- Masukkan tepung custard, air, telur dan susu pekat ke dalam periuk dan kacau hingga sebati.
- Letakkan di atas api, sambil dikacau sehingga mendidih (jangan dibiarkan lama mendidih akan membuatkan puding tersebut keras).
- Tutup air dan letakkan ke dalam acuan.

Bahan-bahan untuk kuah puding
- 1 tin susu cair
- 2 tin air
- 1 tin susu pekat
- 3 sudu besar tepung custard
- 1 sudu kecil esen vanila/ daun pandan
Cara-cara membuatnya
- Bancuhkan custard bersama 1/2 cawan air, kacau hingga larut dan satu ke dalam periuk bersama susu cair, susu pekat, air dan esen vanila, di kacau hingga kesemua bahan-bahan tersebut larut.
- Letakkan ke atas api dan masak sehingga kuah mendidih dan sehingga kuahnya menjadi sedikit pekat.
- Setelah pekat, tutup api dan dibiarkan sejuk. Setelah berada disuhu bilik boleh lah dimasukkan ke dalam peti sejuk untuk rasa yang lebih segar dan sedap.