Sambal Tumis Ikan Bilis


Sambal tumis ni simple dan senang untuk di sediakan, just like me, I suka makan dengan lempeng but a plain one and also with jemput-jemput ikan bilis or what they call it now as CUCUR.


Bahan-bahannya
  • Ikan bilis saiz sederhana di belah dua dan dibuangkan kepalanya
  • Rm1.00 Lada kering dikisar halus
  • Bawang merah - dikisar halus
  • Bawang merah - dipotong bulat untuk hiasan
  • Sedikit belacan
  • Sedikit Asam jawa
  • Sedikit gula
  • Sedikit minyak untuk menumis
Cara-cara
  1. Gorengkan ikan bilis dan ketepikan
  2. Panaskan kuali dan tumiskan lada kering, bawang merah dan belacan.  kecilkan api dan tumis hingga garing dengan secukupnya.
  3. Masukkan asam jawa bersama sedikit air.
  4. Letakkan ikan bilis yang telah digoreng tadi dan bawang merah yang dipotong bulat kedalam kuali.
  5. Kacau hingga sebati dan masukkan gula secukup rasa dan tutup api.  Sedia untuk dihidangkan.

+ Nota: 
Tak perlu diletakkan garam kerana ikan bilis dan belacan tadi sudah mempunyai rasa masin mereka sendiri.