Ayam Masak Merah


Bahan-bahannya
  • 1 ekor ayam - di potong ikut suka (kecil lagi sedap), diperapkan bersama kunyit serbuk dan garam selama 1/2 jam dan digoreng garing...
  • 2 senduk besar lada kering yang sudah dikisar (boleh ditambah atau dikurangkan)
  • 3 biji bawang merah besar - dikisar
  • 4 biji bawang putih - dikisar
  • 1/2 botol besar Tomato sos
  • 1/2 botol besar Cili sos
  • 1/2 tin susu cair
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 1/2 kg bawang merah kecil - dihiris dan dibuat bawang goreng (digoreng selepas ayam masak)
Bahan hiasan
  • Daun sop dan daun bawang - dihirs halus
Cara-cara memasak
  1. Panaskan kuali dan tumiskan kesemua bahan kisar hingga garing, setelah itu masukkan cili sos, tomato sos dan susu cair
  2. Tumis lagi untuk beberapa minit dan masukkan garam dan gula, gaul sehingga rata, kecilkan api dan masukkan ayam yang telah digoreng dan dikacau rata.
  3. Tambahkan 1 cawan air, kacau, tutup periuk dan biarkan sehingga kuah menjadi pekat.
  4. Akhir sekali, goreng bawang kecil hingga menjadi bawang goreng dan tuangkan bawang tersebut bersama minyak bawang goreng itu ke dalam kuali ayam tadi.......di gaul rata dan boleh lah dihidang kan.
  5. Taburkan daun sop dan daun bawang untuk hiasan.