Thursday, January 13, 2011

Kari Sardin


Bahan-bahannya
  • 1 tin sardin
  • 2 biji lada merah - dibelah 4
  • 3 biji lada hijau - dibelah 4
  • 1 biji bawang merah besar - dihiris
  • 2 biji bawang putih - di ketuk
  • 3 cm halia - di hiris bulat
  • 1/3 tin susu cair (kalau nak guna santan pun boleh)
  • 2 sudu besar kari ikan
  • 1 sudu kecil 'secukup rasa' knorr
  • Sedikit tomato sos
  • Beberapa biji Lady finger
  • Minyak untuk memasak
  • Garam secukup rasa
Cara-cara memasak
  1. Panaskan kuali dan tumis kan bawang putih  hingga naik bau.
  2. Masukkan bahan-bahan yang dihiris bersama lada merah dan hijau, tumis hingga garing dan naik bau
  3. Masukkan serbuk kari dan gaul, bila sudah garing masukkan kesemua sardin, kecil kan api dan biarkan mendidih.
  4. Setelah mendidih masukkan pulak susu cair, tomoto sos, 'secukup rasa' knorr, garam secukup rasa.  Biarkan lagi hingga mendidih dan boleh lah dihidangkan.
  5. Untuk lady finger yang rangup dan sedap......: Masukkan lady finger ke dalam periuk yang berisi air yang mendidih, biar kan hanya seketika sehingga warna hijaunya menyerlah, angkat dan terus masukkan ke dalam bekas yang berisi air sejuk (kalau campurkan dengan air batu lagi bagus), biarkan seketika, angkat dan toskan.  Boleh lah dihidangkan bersama kari sardin tadi.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.