Tuesday, January 11, 2011

Nasi Minyak



Bahan-bahannya
  • 1kg beras basmathi - dicuci dan ditoskan, biarkan lebih kurang setengah jam sebelum dimasak
  • 2 biji bawang merah besar - dihiris halus
  • 5 biji bawang putih - dihiris halus dan panjang
  • 3 cm halia - dihiris halus dan panjang
  • 1 paket besar rempah penumis
  • 3 helai daun pandan - dicuci dan disimpul
  • 1 kiub ayam 
  • 1 tin kecil minyak sapi
  • 4 sudu besar tairu
  • Air - sukatan: 1 cawan beras: 1.2 cawan air (cth: 6 cawanberas= 6 x 1.2= 7.2@7.5 cawan air)
  • Garam secukup rasa
Untuk hiasan
  • Pewarna kuning
  • Kismis
  • Daun ketumbar - dihiris
Cara-cara memasak
  1. Panaskan periuk dan masukkan kesemua minyak sapi, bila sudah panas, masukkan rempah penumis dan tumis sebentar.  Masukkan bahan-bahan yang dihiris dan tumis hingga naik bau dan bahan tumis kekuningan.
  2. Setelah bahan tumis kekuningan, masukkan beras yang terlah dicuci tadi dan tumis sehingga beras suku masak, angkat dan masukkan ke dalam periuk nasi.
  3. Masukkan air mengikut sukatan kedalam periuk nasi, masukkan tairu, serai,daun pandan dan garam secukup rasa, kacau hingga semua bahan rata. Masak sehingga cukup masak dan jangan dibuka penutup periuk atau di kacau sehingga nasi masak dengan sempurna.
  4. Setelah masak, renjis-renjis kan pewarna kuning ke atas nasi yang telah masak, kacau menggunakan chop stick/ garpu (untuk mengelakkan beras tadi patah dan tidak mencantikkan texture nasi tersebut)
  5. Taburkan kismis dan daun ketumbar.  Tutup semula nasi tersebut untuk 5 min dan boleh lah di hidangkan.....



    2 comments:

    Note: Only a member of this blog may post a comment.