Nasi Ayam Lovely



  • 1 ekor ayam - dipotong-potong dan direbus
(Keluarkan ayam dari periuk, hanya tinggalkan beberapa bahagian ayam, contoh kaki dan leher ayam.  Asingkan stok ayam (1)untuk memasak nasi-kuantitinya mengikut berapa banyak beras yang hendak dimasak. dan (2)untuk memasak sop ayam.)
Nasi
Bahan-bahannya:
  • 4 pot beras(boleh pakai basmathi jika suka)
  • Stok ayam (ambil dari rebusan ayam)
  • 3 sudu besar minyak sapi
  • 1 paket kecil rempah penumis
  • 1 biji bawang merah besar
  • 2 biji bawang putih
  • 1 inci halia - diketuk
  • Garam secukup rasa
  • Daun pandan - dicuci dan disimpul
Cara-cara memasak
  1. Cuci beras dan rendam selama 2-3jam (untuk memanjangkan beras, jika menggunakan basmathi)
  2. Setelah 3 jam ambil beras dan masukkan ke dalam 'rice cooker' 
  3. Masukkan air rebusan ayam (stok ayam) mengikut sukatan beras - jika 4 pot, air rebusan bolehlah digunakan sebanyak 5 pot.
  4. Panaskan kuali dan masukkan minyak sapi, setelah panas, masukkan rempah penumis dan bahan-bahan yang dihiris, setelah semua bahan layu, angkat kuali dan terus masukkan kesemua bahan terus kedalam 'rice cooker' bersama halia dan daun pandan dan boleh lah dimasak seperti biasa.
  5. Panaskan air utk mengukus
  6. Setelah nasi separuh masak, alihkan kesemua nasi kedalam kukus dan kukus sehingga masak.  Teknik ini adalah untuk menjadikan nasi ayam lembut, berderai dan cantik.
Sop
Bahan-bahannya:
  • Sedikit minyak untuk menumis
  • 1 paket sop bunjot ADABI
  • paket kecil rempah penumis
  • 1 biji bawang merah besar - dihiris
  • 2 biji bawang putih - dihiris
  • 2 cm halia - diketuk
  • 1 batang karot - dipotong bunga
  • Sayur brocoli
  • Sayur cauliflower
  • 2 biji Kentang - dipotong 4
  • Daun Sop dan daun bawang
  • Bawang goreng
Cara-cara memasak
  1. Masakkan semula lebihan stok ayam dan masukkan karot, kentang ,halia dan sop bunjot
  2. Panaskan kuali dan tumiskan rempah penumis dan bahan-bahan yang dihiris, tumis sehingga layu.
  3. Masukkan bahan yang ditumis kesemuanya kedalam periuk stok ayam, setelah mendidih barulah dimasukkan brocoli, cauliflower, daun sop/bawang dan garam secukup rasa.  Tutup api dan sedia untuk dihidangkan.
Ayam Goreng

Bahan-bahannya:
  • 3 sudu besar sos tiram
  • Kicap manis secukup rasa
  • Kicap masin secukup rasa
  • Garam secukup rasa
  • 2 sudu besar kunyit serbuk
  • 2 sudu besar madu
Cara-cara memasak
  1. Gaulkan kesemua bahan bersama ayam yang telah direbus, dan diperap selama 1 jam atau lebih.  Setelah itu baru lah digoreng seperti biasa dengan suhu yang tinggi (jgn digoreng terlalu lama kerana ayam tersebut sudah direbus, bila ayam kelihatan hitam keemasan, bolehlah diangkat dan dihidangkan)
Sambal
Bahan-bahannya:
  • 10 biji Lada Merah - dikisar
  • 3 biji bawang putih - dikisar
  • Cili sos secukup rasa
  • Tomato sos secukup rasa
Cara-cara memasak
  1. Tuangkan semua bahan yang telah dikisar ke dalam periuk dan dimasak dengan api yang kecil.  Campurkan cili dan tomato sos untuk menambahkan keenakkan sambal, akhir sekali masukkan garam dan gula secukup rasa.
  2. Setelah mendidih dan pekat, baru lah diangkat dan boleh dihidangkan.
Hiasan
  • 2 biji tomato
  • 1 biji timun
  • Daun salad
  • Bawang goreng
  • Daun sop dan daun bawang