Nasi Ayam Penyet


Ayam Goreng
Bahan-bahannya:
  • 1 ekor ayam - dicuci dan direbus
  • 1 sudu besar jintan halus - dikisar
  • 1 sudu besar jintan kasar - dikisar
  • 2 sudu besar ketumbar - dikisar
  • 1 biji bawang merah besar - dikisar
  • 2 biji bawang putih - dikisar
  • 4 cm halia - diisar
  • 1 paket kecil rempah kari daging
  • 3 sudu besar kunyit serbuk
  • garam secukup rasa
  • Minyak untuk menggoreng
Cara-cara membuatnya
  1. Toskan ayam yang telah direbus, simpan stok ayam utk membuat sop.
  2. Campurkan semua bahan-bahan yang dikisar bersama rempah kari, kunyit dan garam bersama ayam yang telah direbus, gaul dan diperap, 1 jam. 
  3. Panaskan minyak, sebelum digoreng ambil ayam diketuk isi nya(sedikit sahaja, jgn sampai hancur!) dan baru lah digoreng hingga garing. (jangan terlalu lama, ianya akan mengeraskan isi ayam) *Tips: panaskan kuali pada suhu tinggi untuk menggaringkan bahagian luar ayam sahaja, kerana ayam telah lembut bila direbus.
Sambal Belacan
Bahan-bahannya
  • 10 biji lada merah
  • 3 biji lada hijau
  • 3 biji tomato
  • 10 biji cili padi (Ikut suka)
  • 5 cm belacan
  • Segenggam Ikan bilis - ditumbuk halus
  • Garam secukup rasa
  • Gula merah secukup rasa
Cara-cara membuatnya
  1. Masukkan lada merah, lada hijau, belacan, tomato dan digoreng hingga layu dan di blender bersama serbuk ikan bilis.
  2. Setelah hancur, masukkan gula merah secukup rasa dan sedia di makannnnnnn.......sedap!!!
Bahan hiasan/sampingan
  1. Tempe goreng
  2. Tahu goreng
  3. Ulam-ulaman
Sop
Bahan-bahannya
  • Stok ayam
  • Bawang goreng
  • Daun sop dan daun bawang
  • 2 kiub ayam
Cara-cara membuatnya
  1. Ambil stok ayam tadi dan masukkan 2 kiub perencah ayam ADABI, bawang goreng, daun sop dan daun bawang.  Simplekan? dah ready untuk di makan bersama nasi dan ayam.  Selamat Mencuba!