Sunday, April 17, 2011

Kek Pisang



Bahan-bahannya
  • 5 biji telur
  • 250gm butter (1 buku)
  • 1 cawan gula (dikisar halus)
  • 1 3/4 tepung naik sendiri (Blue KEY)
  • 1 sudu besar susu pekat
  • 1 sudu kecil esen pisang
  • 2 biji pisang rastali yang sudah masak(kalau boleh biar kulitnya sudah menjadi hitam) - dilenyekkan hingga hancur)
  • Pewarna kuning, hijau dan merah
Cara-cara membuatnya

  1. Panas kan oven 190c (boleh ubah ikut pada jenis oven)
  2. Pukul butter bersama gula hingga kembang/ putih
  3. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul lagi hingga kembang
  4. Masukkan esen pisang
  5. Masukkan tepung dan pukul lagi
  6. Masukkan pisang dan pukul untuk meratakan adunan
  7. Alaskan loyang dengan kertas minyak dan sapukan sedikit bata di keliling loyang dan atas kertas minyak tersebut
  8. Bahagikan adunan ke 3 bahagian dengan warna yang berlainan setiap satu, setelah itu boleh lah diselang selikan warna apabila hendak dimasukkan ke dalam loyang.(design ni boleh ikut creativi masing-masing)
  9. Hentak-hentakkan sedikit untuk meratakan adunan di dalam loyang dan untuk mengeluarkan angin yang terperangkap.
  10. Di bakar selama 30-35 min, angkat dan boleh lah dihidangkan.


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.