Soto Ayam

Soto Ayam

Begedil

Begedil
Bahan-bahannya:
  • 8 biji kentang
  • Daging cincang 1/2 kg atau i paket
  • 2 sudu kecil serbuk lada sulah
  • Daun sop
  • Bawang goreng (lagi banyak lagi sedap!)
  • 4 biji telur
  • Garam secukup rasa

Cara-cara memasak:
Daging cincang yg telah dimasak
dan dikeringkan airnya

  1. Kentang dipotong 4 dan digoreng, setelah diangkat, terus dilenyekkan.
  2. Daging cincang, dimasukkan kedalam kuali dan digoreng untuk menghilangkan air daging.
  3. Campurkan kentang yang telah dilenyek bersama daging cincang, dau sop, bawang goreng, lada sulah, garam dan 2 biji telur.  Digaul dan dibulat-bulatkan.
  4. Kentang yang dipotong
    dan di goreng
  5. Panaskan kuali.  Pukulkan 2 biji telur, ambil telur putihnya sahaja, pukul hingga kembang, ambil kentang yang telah di bulatkan dan dicelupkan kedalam telur sebelum digoreng

Kuah soto
Bahan-bahannya:
  • 1/2 ekor ayam
  • 1 paket rempah soto
  • 2 biji bawang merah besar - dikisar
  • 3 biji bawang putih - dikisar
  • 1 inci halia - dikisar
  • 2 inci lengkuas - diketuk
  • 1 batang serai - diketuk
Cara-cara memasak:
  1. Masukkan ayam kedalam periuk dan rebus.  Sementara itu, tumiskan bahan-bahan yang dikisar, tumis hingga naik bau.  Setelah itu dimasukkan bahan tumisan kedalam periuk yang merebus ayam, campurkan lengkuas dan serai, biarkan sehingga ayam masak.
  2. Setelah ayam masak, keluarkan dari periuk.
  3. Carik-carikkan isi ayam untuk ditaburkan ke atas soto.
  4. Lebihan tulang ayam tadi bolehlah dimasukkan kedalam periuk rebusan tadi. Tambahkan garam secukup rasa dan siap!

Sambal kicap
Bahan-bahannya:
  • 20 batang cili pada
  • 4 biji bawang putih
  • Kicap manis secukup rasa
  • 3 biji limau kasturi
  • Air sop soto secukupnya
  • Garam secukup rasa
Cara-cara memasak:
Cili padi, bawang putih dan sop soto
  1. Buangkan tangkat kesemua cili padi.
  2. Cili padi, bawang putih dan ambil air sop soto secukupnya dan dikisar hingga halus.
  3. Masukkan kesemua bahan yang dikisar kedalam periuk, masukkan kicap manis, garam dan perahkan limau kasturi mengikut citarasa masing-masing.
  4. Masakkan bahan tadi sehingga mendidih dan sediit pekat.  Sedia dihidangkan.
Bahan untuk hiasan:
  • Daun sop dan daun bawang
  • Bawang goreng
  • Taugeh - dicelur dgn air panas, tos dan terus dimasukkan kedalam air air/air batu (ini adalah untuk membuatkan taugeh lebih tahan lama, kekal cantik dan rangup).