Tempe Goreng Sambal

Sambal Tempe Goreng
Bahan-bahannya:
  • 5 keping tempe - di hiris (ikut suka dan digoreng)
  • 1 paket cili boh (180gm atau ikut suka)
  • Segenggam ikan bilis halus - dicuci dan digoreng
  • 3 biji limau kasturi - ambil jusnya sahaja
  • Gula dan garam secukup rasa
  • Minyak untuk menumis
Bahan untuk dikisar
  • 3 biji bawang putih

Cara-cara memasak:
  1. Panaskan kuali dan tumis bahan untuk dikisar bersama cili boh dan tumis hingga garing.  Setelah garing masukkan jus limau, garam dan gula secukupnya
  2. Akhir sekali masukkan tempe yang sudah digoreng dan juga ikan bilis.  Kecilkan api dan gaul rata selama 5 min dan angkat untuk dihidangkan.