Friday, April 22, 2011

Tuna Sandwich

Tuna Sandwich
Bahan-bahannya:
  • 1 bantal Roti (my preference is Gardenia)
  • 2 tin tuna
  • 2 sudu besar mayonis (my preference is Lady's Choice)
  • 1 biji limau kasturi
  • Butter/ margerin
  • Daun salad
  • Lada sulah secukup rasa
Cara-cara membuatnya:
  1. Ambil roti dan di buang tepinya.  Sapukan ke semua roti dengan butter, ketepikan.
  2. Satukan tuna (jika ada air atau minyak bolehlah ditoskan dahulu), mayonis, lada sulah dan perahkan limau kasturi.  Gaul hingga rata.
  3. Sapukan tuna tersebut ke atas roti yang terlah disapukan dengan butter tadi, seterusnya letakkan daun salad ke atas roti tersebut dan ditutup dengan sebahagian lagi roti yang lain.  Boleh lah di potong serong dan sedia untuk dihidangkan. . . . . . 
Tips: Tuna tadi boleh digantikan dengan sardin, untuk sardin, jangan buangkan sedikit kuahnya dan dikeluarkan tulang sardin tersebut terlebih dahulu dan lakukan seperti proses diatas.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.