Saturday, May 7, 2011

Kebab Daging

Kebab Daging
    Bahan-bahannya:
    • 1/2 kg daging lembu direbus dan dihiris nipis
    • 1 biji bawang kuning - dihiris nipis
    • 2 biji bwang putih - diketuk
    • 1 sudu kecil serbuk lada hitam 
    • 2 sudu besar rempah kari daging
    • 1 sudu besar tomato sos
    • 2 sudu besar cili sos
    • 2 sudu besar sos tiram
    • 1/2 sudu kecil pewarna merah
    • Minyak untuk menumis
    Hiasan
    • 1 biji Tomato - dihiris bulat
    • Daun salad
    Cara-cara mebuatnya:
    1. Tumiskan bawang putih setelah  naik bau masukkan bawang dan tumis hinnga layu. Masukkan serbuk kari dan lada hitam, tambah kan sedikit air rebusan daging.  Tumis hingga garing dan masukkan daging yang telah direbus.  
    2. Masukkan lagi sedikit air rebusan daging dan tumis lagi, masukkan sos tiram, cili sos dan tomato sos.  Tumis hingga mesra.
    3. Akhir sekali masukkan pewarna merah kedalam tumisan tadi.  Setelah semua mesra dan kering sedikit bolehlah diangkat dan dihiaskan bersama roti dan lagi sedap kalau menggunakan roti pita.

    No comments:

    Post a Comment

    Note: Only a member of this blog may post a comment.