Wednesday, June 8, 2011

Bubur Cacar


Bahan-bahannya;-
  • Tepung pulut
  • Sedikit garam
  • Air secukupnya
  • 1 kotak kecil santan
  • 1/2 cawan susu cair
  • 3 helai daun pandan
  • 3 warna kegemaran
  • Biji sagu (jika suka)
Cara-cara membuatnya:-
  1. Ambil tepung pulut, garam dan air secukupnya, gaul rata sehingga menjadi doh.  Bahagikan kepada empat bahagian.  Setelah itu warna kan dengan warna merah, kuning, hijau dan satu bahagian biarkan warna asal.
  2. Masakkan air didalm periuk sehingga mendidih.
  3. Gentelkan tepung mengikut bentuk kegemaran atau bulat.  Masukkan terus kedalam periuk yang mendidih, bairkan sehingga timbul, angkat dan terus dimasukkan kedalam mangkuk yang berisi air sejuk.  Biarkan seketika dan toskan.
  4. Masukkan air secukupnya dan daun pandan, biarkan mendidih kemudian masukkan santan, susu cair dan garam.  Akhir sekali masukkan tepung warna tadi dan biarkan kan mendidih, sambil kacau dan sedia untuk dihidangkan.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.