Friday, July 8, 2011

Nasi Goreng Raja Kari Faiza


Bahan-bahannya:
  • 2 cawan beras dimasak dan disejukkan
  • 2 keping isi ayam-dipotong dadu
  • 1 paket kecil sayur campur - dicuci dan di toskan
  • 2 biji bawang merah besar - dimayang
  • 3 biji bawang putih - diketuk
  • 1 sudu besar lada sulah
  • 3 biji telur - dipukul dan di goreng (hancur)
  • 3 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu kecil 'seasoning sos' maggie
  • Sedikit minyak untuk menumis

Cara-cara membuatnya:
  1. Panaskan kuali dan tumiskan bawang putih hingga naik bau, kemudian masukkan bawang merah dan lada sulah dan isi ayam tumis hingga garing.
  2. Masukkan sos tiram, 'seasoning sos' dan sayur campur.
  3. Akhir sekali masukkan nasi, garam dan telur yang telak didadar tadi, gaul hingga rata dan boleh la dihidangkan.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.