Thursday, August 11, 2011

Gulai Tempoyak Ikan Patin


Bahan-bahannya:
  • 1 ekor ikan patin 
  • Sedikit asam jawa untuk merendam ikan
  • 3 sudu besar tempoyak
  • 5 batang lada merah } ikut tahap kepedasan masing-masing
  • 5 biji cili padi           }
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • 1 batang serai
  • Daun kesom
  • 2 keping asam gelugor
  • 2 gelas air 
  • Garam dan gula secukup rasa
Cara memasak:
  1. Ikan patin dipotong-potong dan dicuci bersih, rendamkan dengan air asam untuk 10minit, setelah itu dicuci dan ditoskan.
  2. Kisar lada merah dan cili padi, gaulkan dengan tempoyak dan lumurkan pada keseluhuran ikan tersebut dan dibiarkan seketika (tujuannya adalah untuk bahan-bahan tersebut meresap ke dalam ikan).
  3. Masukkan ikan kedalam periuk, letakkan serai, air dan serbuk kunyit.  Masakkan ikan, jgn terlalu lama supaya ikan tidak hancur.  Masukkan daun kesom, garam dan gula secukup rasa dan sedia untuk dihidangkan.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.