Friday, December 30, 2011

Sagu Gula Melaka

Sagu Gula Melaka
Sagu
Bahan-bahannya:-
  • 2 cawan biji sagu dicuci dan ditoskan
  • 4 cawan air
  • Pewarna (warna merah dan hijau)
Cara-cara membuatnya:
  1. Masukkan air kedalam periuk dan masak hingga mendidih.
  2. Setelah itu masukkan biji sagu, kacau sehingga biji sagu jernih.
  3. Setelah siap, tutupkan periuk utk 5 min.
  4. Ambil biji sagu dan diletakkan kedalam tapis dan cucikan dibawah air paip untuk menghilangkan kanji. Ditapis
  5. Setelah itu bahagikan kepada dua dan warnakan.
  6. Masukkan kedalam acuan berselang dan sejukkan. kedalam peti sejuk.  Hidangan ini sedap dimakan sejuk.

Santan
Bahan-bahanya:
  • 1 cawan air
  • 2 helai daun pandan
  • 1 kotak santan
  • 1/2 sudu garam
Cara-cara membuatnya:-
  1. Masakkan air kedalam periuk bersama daun pandan sehingga mendidih & sehingga naik bau daun pandan.
  2. Setelah itu masukkan santan dan garam.
  3. Kacau untuk seketika tak perlu mendidih dan angkat, sejukkan dan masukkan kedalam peti sejuk sebelum dihidangkan.

Sirap
Bahan-bahannya:
  • 1 keping gula melaka/ 1 cawan gula merah
  • 1 cawan air
Cara-cara membuatnya:-
  1. Campurkan kedua bahan dan masak sehingga gula sedikir pekat
  2. Simpan ke dalam petisejuk sebelum dihidangkan

2 comments:

  1. my peberet ni kak mai.. tapi tak penah masak.
    santan kotak tu kak mai pakai kotak kecik ke besar?

    ReplyDelete
  2. pakai santan kotak je Abiq, resepi k mai ni semua tak cerewet-cerewet, senang dan cepat, cubalah resepi ni mesti anak abique suka.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.