Popia Goreng

Popia Sayur dan Ayam
Bahan-bahannya:-
Popia
  • 1 paket kulit popia (size kecil)
  • 1 biji telur - ambil yang putihnya sahaja dan dipukul
  • Isi Ayam - dipotong dadu
  • Sedikit Udang basah - dipotong kecil
  • Sayur campur
  • 1 batang karot - dipotong memanjang
  • 1 biji sengkuang - dipotong memanjang
  • Taugeh
  • 4 biji telur - dipukul dan digoreng hancur
  • Serbuk lada hitam secukupnya
  • 1 biji bawang merah - ditumbuk
  • 2 biji bawang putih - ditumbuk
  • 5 sudu kecil perasa maggie 'cukup rasa'
  • Garam secukup rasa
Cara-cara memasak:-
  1. Tumiskan bawang merah dan bawang putih hingga garing
  2. Setelah garing, masukkan ayam dan udang, kacau sehingga ayam dan udang masak.
  3. Setelah itu masukkan sayur campur, karot, sengkuang, perasa maggie dan garam secukupnya, masak untuk beberapa minit.
  4. Setelah itu, sebelum diangkat, masukkan taugeh dan telur yang telah didadar beserta serbuk lada hitam dan garam secukupnya.
  5. Angkat dah diletakkan kedalam tapis untuk toskan minyak dan air yang berlebihan sebelum digulung dengan kulit popia.
  6. Setelah sejuk, boleh lah digulung dan untuk melekatkan bahagian akhir kulit tersebut, sapukan dengan telur putih yang telah dipukul.
Sos
Bahan-bahannya:-
  • 3 sudu besar jus limau
  • Garam dan gula secukupnya
Bahan untuk dikisar
  • 7 biji lada merah
  • 5 biji bawang putih
  • 5 biji cili padi
Cara-cara memasak:-
  1. Masukkan bahan kisar dan jus limau, garam dan gula secukupnya kedalam periuk dan masak sehingga mendidih dan pekat.