Friday, March 16, 2012

Ayam Masak Gulai Limau Purut

Ayam Masak Gulai Limau Purut
Resepi Ayam Masak Gulai Limau Purut ni rasanya boleh juga digantikan dengan kari ikan tongkol (sebab kurenggg makan ikan tu) untuk makan bersama Nasi Dagang. yeah!
Bahan-bahannya:-
  • 1 ekor ayam - dipotong ikut suka (mai suka potong kecil)
  • 1/3 cawan santan
  • 1/2 cawan susu cair
  • 2 sudu besar cili kisar
  • 3 keping asam keping
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Perasa Maggie
  • Daun Limau purut
  • 6 biji cili padi (dibuang tangkai)
Bahan untuk dikisar
  • 3 biji bawang merah besar
  • 3 biji bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 inci lengkuas
  • 2 batang serai
  • 1 sudu besar ketumbar
  • 1/2 sudu besar jintan halus
  • 1/2 sudu besar jintan kasar
Cara-cara memasak:-
  1. Tumis bahan yang dikisar hingga naik bau dan masukkan lada kering.  Tumis sehingga garing.
  2. Setelah garing masukkan ayam, kecilkan api dan biarkan sampai ayam masak, setelah itu masukkan daun limau purut, santan, susu cair, perasa maggie, cili padi, garam dan gula (mesti letak, kalau tidak, tak sedap).  Tambahkan kan sedikit air jika terlalu pekat, biarkan mereneh seketika sehingga kuah mendidih dan bolehlah ditutup dan sedia dihidangkan.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.