Nasi Goreng Planta

Nasi Goreng Planta
Resepi Nasi Goreng Planta
Bahan-bahannya:-
  • 2 cawan beras basmathi - dimasak dan disejukkan (kalau dibiarkan semalaman pun lagi elok)
  • 6 biji cili padi - di ketuk
  • 2 biji bawang merah besar - di mayang halus
  • 2 biji bawang putih - diketuk
  • 6 sudu besar Planta/ butter *
  • 3 keping isi ayam - di potong dadu
  • 4 sudu sos tiram
  • 1-2 sudu besar lada sulah
  • 2 sudu besar serbuk lada hitam
  • 4 batang sosej - dihiris-hiris
  • Sayur campur secukupnya
  • Garam secukup rasa
Cara-cara memasak:-
  1. Panaskan  *4 sudu besar planta/ butter ke dalam kuali, selepas planta/ butter cair, tumiskan bawang merah, bawang putih, cili padi sehingga bahan layu.  
  2. Setelah itu masukkan isi ayam.  Setelah ayam masak, masukkan sayur campur, sosej, lada sulah dan sos tiram dan tumis lagi untuk melembutkan sayuran tadi.
  3. Setelah itu baru masukkan nasi dan digaul rata, setelah rata akhir sekali letakkan lebihan *planta/ butter tadi sebanyak 2 sudu besar ke atas nasi dan digaul rata.  Akhir sekali masukkan serbuk lada hitam dan kacau. 
  4. Jika kurang rasa, baru dimasukkan garam dan dikacau rata lagi.  Setelah cukup rasa bolehlah diangkat dan dihidangkan.