LOVE Omellete Snack

LOVE Omellete Snack
Resepi untuk LOVE Omellete Snack......
Bahan-bahannya:-
  • 4 biji telur - dipukul (didalam gambar diatas adalah 1/3 dari 4 biji telur tersebut, muai sangat)
  • 1/2 biji bawang kuning - dipotong dadu
  • 2 sudu besar sayur campur - Karot, kacang pees dan jagung (bagi yg low carbo diet, tak masukkan pun takpe boleh ganti dengan sayuran yang lain)
  • 1/2 biji tomato - dipotong dadu
  • Daun bawang - di hiris halus
  • 2 sudu kecil mayonis (lady's choice atau heinz kandungan carbo nya kurang)
  • Sedikit garam (jangan terlalu banyak kerana mayonis sudah mempunyai cukup rasa)
Cara-cara menyediakannya:-
  1. Gunakan kuali 'non stick', dengan api sederhana letakkan sedikit olive oil atau planta, tumis bawang sehingga layu dan masukkan kedalam mangkuk telur yang telah dipukul.  Masukkan bahan-bahan lain bersama telur tadi dan kacau.
  2. Masa telur seperti telur dadar biasa atau mengikut kreativiti sendiri kalau nak yang macam kat atas tu juga...boleh...sila baca penerangan selanjutnya...
  3. Masukkan 1/3 dari telur tadi dan dikacau hancur, ketepikan didalam kuali bahagian tepi, kemudian masukkan 1/2 dari telur yang tinggal kedalam kuali setelah separuh masak gulungkan menggunakan spatula atau chopstick, gulung bermula dari telur hancur yang pertama tadi.  Setelah gulung ketepikan dalam kuali (sama seperti proses pertama tadi), masukkan lebihan telur (*tinggalkan sedikit telur sahaja lebih kurang 2 sudu besar).  Setelah separuh masak, gulungkan lagi sekali telur bermula dari telur yang telah digulung pada awalnya (proses yang sama).  Telur akan menjadi seperti kek gulung! biarkan sehingga masak dan keluarkan.  Setelah sejuk, boleh lah dipotong-potong lebih kurang 1 inci lebar.  Ambil sepotong dan baringkan, potongkan senget di tengah-tengah, ambil sebelah yang dipotong dan terbalikkan untuk mendapatkan bentuk LOVE....Ambil love tersebut celupkan bahagian bawah kedalam lebihan telur ** dan panaskan keatas kuali,ambil sedikit lebihan telur ** letakkan sikit diatas love dan biarkan seketika (tujuannya ialah utk mencantumkan kedua-dua bahagian untuk mendapatkan bentuk love).  Lakukan sehingga kesemua love selesai dan boleh lah dihidangkan....