Thursday, July 26, 2012

Roti John


Resepi Roti John
Bahan-bahannya:-
  • Beberapa keping roti frankfurter atau 'finger rolls'
  • 2 sudu besar rempah kari daging
  • 1 sudu besar rempah kurma
  • 4 keping daging burger - dihancurkan
  • 1 biji bawang holland/kuning - dipotong dadu
  • 3-4 biji telur
  • Planta secukupnya
  • Sedikit serbuk lada sulah
  • Mayonis secukupnya
  • Sos Thai secukupnya
  • Garam secukup rasa
  • Kobis - dipotong halus atau diparut
  • Sedikit air
  • Minyak untuk menumis
Cara-cara memasak:-
  1. Belahkan dibahagian tengah roti (jangan putus) dan sapukan planta kedua belah roti tersebut dan ketepikan.
  2. Satukan serbuk kari, kurma, bawang, daging burger dan sedikit air.  Tumis bahan-bahan tadi sehingga kering dan masukkan garam secukup rasa.
  3. Pecahkan 3 biji telur (kalau rasa adunan terlalu pekat barulah tambahkan lagi 1 biji telur), dipukul sedikit dan dicampurkan dengan rempah yang telah ditumis tadi.
  4. Panaskan kuali dengan api yang kecil, sapukan planta dan masukkan adunan rempah dan telur keatas kuali dan ratakan, biarkan seketika dan letakkan roti diatasnya dan biarkan sehingga masak (biarkan garing sedikit akan lebih sedap).
  5. Setelah masak, diangkat (rempah dan roti akan melekat) dan sapukan mayonis yang sudah berisi inti rempah tadi dan taburkan kobis, serbuk lada sulah dan akhir sekali paipkan sos thai keatasnya.  Ditutup roti tersebut dan sedia untuk dihidangkan.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.