Half Boiled Egg in a Toast

 Resepi untuk Half boiled egg in a toast
Bahan-bahannya:-
  • 2 keping roti (roti A, roti B)
  • 1 biji telur
  • Butter secukupnya
  • Mayonis secukupnya
  • Serbuk lada sulah/ serbuk lada hitam
  • Daun sop/ daun ketumbar/ daun parsley - di potong halus
  • Sos cili secukupnya (jika suka)
  • Cawan/ acuan bulat untuk membuat benjo
Cara-cara memasak:-
  1. Sapukan roti A&B (sebelah sahaja) dengan butter.  Panaskan kuali dan letakkan kedua roti ke dalam kuali (pastikan bahagian yang telah disapu butter berada di atas permukaan kuali).
  2. Sementara itu ambil telur dan masukkan kedalam mangkuk/ cawan yang berisi air panas, ketepikan.
  3. Setelah roti dibakar dan kekuningan angkat, pada roti A sapukan mayonis, pada roti B pula tekapkan (untuk membuat lubang) dengan menggunakan cawan atau acuan pembuat benjo (bulat) pastikan jangan sampai terkoyak.
  4. Ambil roti A dan letakkan roti B di atasnya dan dibakar semula di atas kuali (pastikan menggunakan api yang kecil), ambil telur yang telah direndam (jika panas, alirkan di bawah air paip seketika).  Pecahkan telur dibahagian tengah roti, taburkan serbuk lada sulah/ lada hitam dan daun pilihan.  Biarkan roti dibakar sehingga telur kelihatan separuh masak dan bolehlah diangkat dan letakkan sedikit sos cili jika suka.  Boleh juga ditutup kuali (boleh gunakan apa-apa penutup periuk, jika kuali tiada penutup, ini adalah untuk memerangkap udara panas dan telur akan cepat masak).
  5. Hidangkan semasa panas-panas untuk menikmati kerangupan roti bakar bersama telur separuh masak yang enak!