Otak-Otak Ikan Kukus

Otak-Otak Ikan Kukus
Resepi untuk Otak-otak Ikan Kukus
Bahan-bahannya:-
  • 3 s/b Pes Lada kering
  • 1 helai Daun kunyit - dihiris halus
  • Beberapa helai Daun limau purut - dihiris halus
  • 1-2 biji Limau nipis - ambil jusnya
  • 1/2 cawan Santan
  • 1 s/b Tepung Jagung 
  • 1 s/k Serbuk kunyit
  • 4 biji Telur
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Daun pisang
  • Stapler atau lidi penyemat
Bahan untuk dikisar:-
  • 1 mangkuk Isi Ikan (tenggiri atau siakap tapi mai lebih suka kembung kerana lagi manis) untuk menyenangkan mengeluarkan isi ikan, tarik kepala dan ekor ikan (tak perlu kuat-kuat) sesudah itu boleh gunakan pisau dan hiris dari bawah kepala ikan hingga ke ekornya.
  • 1 biji Lada merah
  • 1 biji Bawang merah besar
  • 2 biji Bawang putih
  • 1 inci Lengkuas
  • 2 batang Serai
  • 3 biji Buah keras
  • 1/2 inci belacan - dibakar dahulu
Cara-cara memasak:-
  • Masukkan bahan yang telah dikisar dan masukkan pes lada kering, telur, santan, serbuk kunyit, tepung jagung, jus limau nipis, daun limau purut dan daun kunyit.  Gaul sehingga rata.  Akhir sekali masukkan garam dan gula (manis kan sikit lagi sedap).
  • Rebuskan daun pisang ke dalam air mendidih sebentar, angkat dan lap.  Potong mengikut kegemaran masing masing.
  • Letakkan adunan ikan tadi ke atas daun pisang dan lipat.  Panaskan kukus, kukuskan ikan tadi sehingga masak lebih kurang 20 minit.
  • Selepas dikukus, boleh terus dimakan begitu sahaja atau pun lagi sedap jika di panggang atau otak-otak itu dibakar di atas kuali dengan sedikit minyak........