Wednesday, November 21, 2012

Ayam Percik

Resepi untuk  Ayam Percik
Bahan-bahan :-
  • 1/2 ekor ayam
  • 4 sudu besar lada kering kisar ( boleh dikurangkan)
  • 1/2 kotak kecil santan (200ml)
  • 2 keping asam keping
  • Garam dan gula
  • 2 sudu besar minyak
Bahan untuk dikisar:-
  • 1 biji bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 cm belacan
  • 1 inci lengkuas
  •  5 biji buah keras
  • 1 sudu besar Ketumbar
  • 1/2 sudu besar jintan halus
  • 1/2 sudu besar jintan kasar
Cara-cara memasak:-
  1. Perapkan ayam bersama bahan kisar, lada kering, santan minyak, asam keping, garam dan gula selama lebih kurang 1 jam.
  2. Setelah satu jam masukkan bahan dan ayam yang diperap ke dalam periuk dan masak di atas api perlahan.  Biarkan mereneh sehingga ayam separuh masak.
  3. Panaskan kuali non stick dan bakar ayam sehingga masak, untuk kuah dibiarkan mereneh sehingga pekat.  Sapukan ayam dengan kuah yang mereneh tadi berulangkali sebelum diterbalikkan.  
  4. Setelah siap bolehlah dihidangkan bersama nasi atau pun roti.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.