Saturday, November 10, 2012

Ayam Yogurt Fezz

Resepi untuk Ayam Yogurt Fezz
Bahan perapan:-
  • 1 ekor ayam - dibersihkan, dibuang kulit dan lemak dan dipotong kecil
  • 1/2 biji lemon - ambil jusnya
  • 1/2 cawan tairu
  • Sedikit garam
Bahan -bahannya:-
  • 2 biji bawang merah besar - dihiris
  • 5 biji lada hijau - dibelah dua jangan putus
  • 1 batang kayu manis
  • 5 biji buah pelaga
  • 2 biji tomato - dipotong dadu
  • 1 pokok daun ketumbar
  • 2 biji lada merah - dibelah potong dua dan dibelah serong
  • 2 s/b sos tomato
  • 10 biji badam - dikisar
  • 1 cawan air
  • Minyak untuk memasak
Bahan untuk dikisar:-
  • 5 biji bawang putih
  • 3 biji lada merah
  • 1 inci halia
  • 2 s/b serbuk ketumbar
  • 1 s/b serbuk lada putih
  • 1 s/k serbuk kunyit
Cara-cara memasak:-
  1. Panaskan periuk dan tumiskan bawang merah, lada hijau, kayu manis dan buah pelaga sehingga naik bau.  
  2. Masukkan separuh dari daun ketumbar bersama batangnya sekali dan tomato yang didadu, kacau untuk seketika, setelah garing masukkan bahan yang dikisar, kacau rata dan tutup periuk dan kecilkan sedikit api, biarkan sehingga kering.  
  3. Masukkan badam yang terlah dikisar, kacau dan masukkan 1 cawan air.  Kacau seketika dan masukkan ayam yang telah diperap bersama air perapan sekali.  Kacau rata, tutup periuk dan kecilkan sedikit api.  Masukkan lada yg dihiris.  Biarkan sehingga ayam masak dan kuah pekat.  
  4. Setelah siap taburkan hirisan daun ketumbar.  Sesuaikan rasa.  Bahan-bahan masakkan sudah mencukupkan rasa tetapi jika hendak lebih masin bolehlah ditambahkan sedikit garam.
  5. Masakan ini sangat sesuai untuk di makan bersama roti perancis yang dibakar dan disapukan butter.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.