Saturday, November 17, 2012

Kek Pisang Kukus Almond dan Chocolate

Resepi Banana Steam Cake with almonds and chocolates
Bahan-bahannya:-
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 s/k baking powder
  • 1 s/k soda bikarbonat
  • 4 biji telur
  • 1 cawan pisang yang sudah dilenyek
  • 3/4 cawan gula
  • 1 s/k esen pisang
  • 1 s/k ovelette
  • 2 s/k koko - dibancuk dengan sedikit air panas
  • Chocolate rice secukupnya
  • 10 biji almond - dihancurkan sedikit 
Cara-cara membuatnya:-
  1. Panaskan pengukus.
  2. Pukul telur dan gula sehingga gula larut.  Masukkan ovelette dan pukul lagi sehingga adunan kembang.
  3. Masukkan pisang,bancuhan koko, esen pisang.  Pukul lagi.
  4. Masukkan tepung (ayak tepung bersama baking powder and soda bikarbonat) sikit demi sedikit, separuh dari chocolate rice (ikut suka banyak mana yang disukai).
  5. Alaskan loyang dengan kertas minyak/ aluminium foil.  Tuangkan adunan pisang ke dalam loyang.  Akhir sekali taburkan chocolate rice dan badam.
  6. Kukus lebih kurang 50 minit atau sehingga masak. 
  

 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.