Tuesday, November 13, 2012

Puding Karamel (ver 2)

Resepi untuk Puding Karamel

Bahan-bahannya
Untuk Karamel:-
  • 3 sudu besar gula
  • 1 sudu besar air
Untuk Puding:- 
  • 1 tin susu pekat
  • 10 biji telur
  • 1 tin air (tin susu)
Cara-cara memasak:-
  1. Masukkan gula dan air ke dalam periuk dengan api yang sederhana hingga gula menjadi pekat dan kuning keperangan, tutup api dan tuang karamel ke loyang/ acuan.
  2. Campurkan kesemua bahan susu, air dan telur ke dalam mangkuk dan pukul sehingga sebati, tidak perlu lama, kemudian ditapis.  Tuangkan adunan puding ke dalam loyang/ acuan yg telah di isi dengan karamel tadi dan kukus selama 15 minit/ sehingga masak.  Tutup kukus dengan kain untuk mengelakkan air dari masuk kedalam loyang/ acuan.   
 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.