Dadar Coklat

Dadar Coklat
Resepi Dadar Coklat
Bahan untuk inti coklat:-
  • 1/2 cawan susu cair/susu segar
  • 1 s/b susu pekat
  • 1/3 keping (dari coklat yg beratnya 250g) coklat masak
  • 1 biji telur kuning
  • 2 s/b tepung jagung + sedikit air dan kacau
  • 3 sudu besar serbuk koko
Cara membuatnya:-
  • Masak secara double boiler, masukkan susu cair, coklat masak, koko dan susu pekat, biarkan sehingga coklat cair dan kacau.
  • Masukkan telur kuning dan tepung jagung.  Kacau sehingga coklat cair, berkilat dan sedikit pekat.  
  • Tuangkan kedalam mangkuk dan biarkan sejuk, setelah sejuk masukkan kedalam peti sejuk.  Ketepikan.
Bahan untuk kulit:-
  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 biji telur
  • 2 s/b butter/ majerin - dicairkan
  • 1 kotak (400ml) santan
  • Sedikit pewarna coklat/ 2 sudu koko + sedikit air
  • Air secukupnya
  • Secubit garam
Cara membuatnya:-
  • Campurkan kesemua bahan kecuali pewarna coklat.  Kisar hingga halus.  Jika terlalu pekat bolehlah ditambahkan sedikit air.
  • Bahagikan dua bahagian 70/30.  Adunan yang banyak '70' dibiarkan warna asal dan selebihnya diwarnakan coklat.
  • Masukkan adunan yang berwarna coklat kedalam plastik bersih dan gunting sedikit pada hujung plastik (pastikan gunting sediiiikkiiiiittttt sahaja)
  • Panaskan kuali 'non stick' dan paipkan warna coklat secara 'zig zag', biarkan seketikan dan letakkan satu senduk kecil yang berwarna asal dan bulatkan adunan (seperti membuat lempeng) jangan khuatir tentang warna coklat tadi kerana ianya akan melekat pada yang warna asal.  Setelah masak terus angkat, tak perlu diterbalikkan. 
  • Ambil kulit dadar dan letakkan coklat yg disejukkan tapi (pastikan kulit dadarnya sudah sejuk jika tidak coklatnya akan cepat cair) dan gulung seperti melipat kuih dadar atau melipat popiah.  Sedia untuk dimakan!