Deep Fried Mac n Cheese

Resepi untuk Deep Fried Mac n Cheese

Bahan-bahannya:-
  • 2 cawan macaroni
  • 6 keping cheese
  • 3 sudu besar tepung gandum
  • 3 sudu besar mentega
  • 5 ulas bawang putih - ditumbuk halus
  • 1 cawan susu cair
  • 1 cawan susu segar
  • 1 sudu kecil serbuk lada hitam
  • 1 sudu kecil serbuk lada putih
  • Daun parsly
  • White/soft/japanese/panko breadcrumb
  • 3 biji telur

Cara-cara membuatnya:-


  1. Panaskan air, setelah mendidih masukkan macaroni dan masak sehinnga lembut, angkat dan toskan.
    Mac n cheese yg sudah dipotong
  2. Panaskan mentega kedalam periuk, setelah cair, masukkan tepung dan kacau(gunakan whisk tangan untuk mendapat tekstur yang cantik).
  3. Setelah adunan bertukar keperangan, masukkan susu cair dan susu segar sambil kacau, setelah itu masukkan garam, lada sulah, bawang putih dan lada hitam. kacau rata.
  4. Sedia untuk digoreng
  5. Masukkan cheese dan daun parsly, kacau sehingga cheese cair dan adunan rata dan cantik.  Akhir sekali masukkan macaroni (gunakan senduk) dan kacau sehingga rata (tak perlu kacau lama).  Sediakan loyang/bekas dan alaskan dengan plastik/cling film dan masukkan adunan tadi, ratakan dan biarkan sejuk, setelah sejuk, simpan di dalam peti sejuk, seelok-eloknya semalaman.
  6. Pukul telur, sediakan breadcrumb.  Potong empat persegi kecil adunan mac n cheese tadi.  Celupkan kedalam breadcrum, setelah itu kedalam telur dan kedalam breadcrumb semula.  Ulangi proses tadi sehingga habis.
  7. Panaskan minyak dengan api yang besar dan goreng mac n cheese sehingga kekuningan dan angkat.  Sedia untuk dihidangkan....makan bersama sos atau makan begitu sahaja :)