Monday, November 12, 2012

Gulai Udang Belimbing

Resepi Gulai Udang Belimbing
Bahan-bahannya:-
  • 1 kg udang - digunting separuh bahagian kepala dan dicuci
  • 1 biji bawang merah besar - ditumbuk
  • 3 biji bawang putih - ditumbuk
  • 1 inci hali - dipotong panjang
  • 2 pokok daun kari
  • 1 s/b halba campur 
  • 1 kiub ayam 
  • 2 keping asam keping 
  • Belimbing (apa-apa jenis)
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Air secukupnya 
Bahan rempah:-
  • 1 biji bawang merah besar - ditumbuk
  • 3 biji bawang putih - ditumbuk
  • 1 s/b serbuk lada putih
  • 1 s/b serbuk jintan halus
  • 1 s/b serbuk jintan kasar
  • 1/2 s/b serbuk lada hitam
  • 5 s/b rempah kari
Cara-cara memasak:-
  1. Tumiskan bawang merah, bawang putih, halia, halba campur dan daun kari sehingga garing dan naik bau.
  2. Campurkan kesemua bahan rempah bersama sedikit air dan masukkan bersama bahan tumisan tadi.  Tumis sehingga garing.  Setelah garing masukkan air (boleh jika hendak digantikan dengan santan), kiub ayam dan asam keping.  Biarkan sehingga mendidih dan masukkan udang dan belimbing.  Setelah udang masak, sesuaikan rasa dan sedia untuk dihidangkan.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.