Wednesday, November 14, 2012

Kek Lapis Kaya Horlicks

Resepi untuk Kek Lapis Kaya Horlicks
Bahan-bahannya:-
  • 150gm tepung
  • 5 biji telur
  • 250gm (1 buku) butter
  • 75gm gula halus
  • 1/2 tin susu pekat manis
  • 200gm kaya
  • 100gm horlicks
  • Pewarna kegemaran (mai gunakan serbuk koko + sedikit air untuk warna coklat)
Cara-cara membuatnya:-
  1. Pukul gula dan butter sehingga kembang, masukkan telur satu persatu.
  2. Kemudian masukkan susu pekat manis, kaya dan horlick, pukul lagi sehingga bahan sebati.
  3. Akhir sekali masukkan tepung dan kacau.  Bahagikan kepada tiga bahagian dan warnakan.
  4. Kukus satu warna lebih kurang 15 min dan lapiskan sehingga habis.  Tutupkan loyang dengan aluminium foil untuk mengelakkan air dari masuk ke dalam loyang.  Untuk lapisan yang terakhir kukuskan lama sedikit lebih kurang 25min lagi.


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.