Wednesday, November 28, 2012

Kek Tapai Ubi

Resepi Kek Tapai Ubi


Bahan-bahannya:-

  • 1 cawan tapai ubi – dibuang urat tengah ubi dan dilecek dengan garpu
  • 1 cawan tepung
  • ¾ buku butter - dicairkan
  • ½ s/k baking powder
  • 1 s/k ovelete
  • 1 cawan gula - dikisar
  • 5 biji telur
  • ½ s/k esen vanilla
  • ¼ cawan susu pekat manis
  • Chocolate rice sercukupnya
  • 1 s/b coklat emulco/ 2 s/k koko +sedikit air panas

Cara-cara membuatnya:-

  1. Panaskan kukus.
  2. Ayakkan tepung bersama baking powder, ketepikan.
  3. Pukul telur, gula dan ovelete sehingga, kembang, pekat dan putih.
  4. Masukkan tepung dan diselang selikan dengan tapai.  Pukul sehingga rata.
  5. Dengan menggunakan spatula, masukkan susu pekat dan esen.  Setelah itu masukkan butter dan gaul sehingga sebati.
  6. Bahagikan kedapa dua bahagian.  Satu bahagian masukkan coklat emulco dan satu bahagian lagi masukkan chocolate rice.
  7. Alaskan Loyang dengan kertas minyak/ aluminium foil.  Masukkan adunan coklat dan asal secara rawak dan kukus selama 15 min.  Ulangi proses tadi sehingga adunan habis lebih kurang 3 lapisan.  Pada lapisan terakhir, kukus selama 30 minit atau sehingga kek masak sempurna.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.