Wednesday, November 28, 2012

Kuzi Ayam

Resepi Kuzi Ayam


Bahan-bahannya:-

  • 1 ekor ayam
  • I paket kecil rempah penumis (kayu manis and frends)
  • ½ botol sos tomato (boleh dikurangkan ikut citarasa masing-masing)
  • ½ tin susu cair
  • Garam dam gula secukup rasa
  • ½ cawan badam – dikisar
  • 1/2 cawan bawang goreng – dikisar
  • ½ cawan kismis hitam – digoreng
  • 4 s/b rempah kuzi – di campurkan dengan sedikit air
  • ½ cawan minyak sapi

Bahan dikisar:-

  • 2 biji bawang merah besar
  • 4 biji bawang putih

Bahan Perapan:-

  • 1 inci halia – dihiris panjang dan nipis
  • ½ cawan bawang goring – dikisar

 Bahan hiasan:

  • Daun bawang

Cara-cara memasak:-

  1. Perapkan ayam bersama bahan perapan sekurang-kurangnya 10 minit.  Setelah itu digoreng separuh masak.
  2. Tumis rempah penumis dan bahan yang dikisar sehingga naik bau dan garing.  Masukkan rempah kuzi dan tumis sehingga rempah garing.
  3. Setelah garing, masukkan bawang goreng dan badam, kacau rata.  Masukkan sos tomato dan susu cair, suaikan rasa dengan garam dan gula dan masukkan kismis dan ayam.  Kecilkan api, masak sehingga ayam masak.  Bolehlah dihidangkan, untuk hiasan boleh lah ditaburkan dengan daun bawang.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.